window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); MARITIM MALAYSIA TENGGELAMKAN BOT NELAYAN VIETNAM BERNILAI RM800 RIBU
16
Tue, Dec

MARITIM MALAYSIA TENGGELAMKAN BOT NELAYAN VIETNAM BERNILAI RM800 RIBU

KUALA TERENGGANU, 13 JUN – Maritim Negeri Terengganu melaksanakan Program Pelupusan Tiga Vesel Lucut Hak Maritim Malaysia di sekitar perairan Pulau Kapas hari ini.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Mohd Firdaus bin Mohd Anuar, tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan pada sekitar tahun 2022 hingga 2023 dilupuskan secara tenggelam untuk dijadikan tukun di perairan Pulau Kapas dengan nilai pelupusan sebanyak RM800 ribu.

Pada tahun ini Maritim Negeri Terengganu telah melupuskan sebanyak sembilan bot nelayan asing Vietnam dengan anggaran bersih nilai pelupusan berjumlah RM1.7 juta.

Bagi tujuan pelupusan, jelas beliau Maritim Malaysia melaksanakan dua kaedah pelupusan iaitu secara musnah pecah dan tenggelam sebagai tukun.

Mohd Firdaus juga memaklumkan, Maritim Negeri Terengganu telah melakukan pelupusan secara musnah pecah bagi empat buah bot nelayan asing pada 19 April lalu dengan nilai pelupusan sebanyak RM450 ribu.

Manakala dua bot lagi dilupuskan melalui kaedah ditenggelamkan sebagai tukun pada 30 April lalu dengan nilai pelupusan adalah berjumlah RM 400 ribu.

Untuk rekod, sebanyak 111 bot nelayan asing Vietnam dilucut hak dan dilupuskan Maritim Negeri Terengganu dari tahun 2020 sehingga 13 Jun 2024 dengan anggaran nilai perolehan asal bot sebanyak RM 27.5 juta.

Maritim Negeri Terengganu masih mempunyai tujuh bot nelayan asing yang telah mendapat kelulusan pelupusan dan akan dilupuskan pada tahun ini.

 

TENGGELAM BOT TGN

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON