23
Thu, Apr

MEDEVAC | MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA PESAKIT DARI PULAU BANGGI

KUDAT, 18 JUN – Seorang pesakit kritikal memerlukan rawatan segera di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi dibawa ke Hospital Kudat dengan bantuan aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, misi bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) telah dilaksanakan aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu Bot ADAL 03 setelah menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi sekitar pukul 2.00 petang.

Pesakit, Mohammad Ahnaf bin Abdullah berumur lima tahun mengalami kecederaan serius di kepala menyebabkan pendarahan dan keretakan tengkorak kepala akibat kemalangan dan perlu segera dikejarkan ke Hospital Kudat.

Mangsa diiringi ibunya dan seorang staf kesihatan tiba di Jeti Marina, Kudat lebih kurang pukul 3.05 petang, seterusnya dipindahkan ke ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat.

Ahnaf dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut oleh pakar yang berkaitan, sehingga keadaan berubah kepada stabil.

Maritim Malaysia terus komited membantu komuniti maritim dan sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

MEDEVAC KUDAT

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON