23
Thu, Apr

BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN, TUNDA IKAN DI KAWASAN LARANGAN

TANJUNG MANIS, 21 JUN – Zon Maritim Tanjung Manis menahan sebuah bot nelayan tempatan disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menunda ikan di kawasan kurang tujuh batu nautika dari pantai semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika membuat pemantauan di sekitar perairan Muara Paloh telah mengesan bot yang mencurigakan itu sedang melakukan aktiviti perikanan kira-kira pada pukul 6.25 pagi.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang tekong dan tiga orang awak-awak warga tempatan dalam lingkungan umur 22 hingga 45 tahun berada di atas bot.

Jelas beliau lagi, bot nelayan tempatan terbabit seterusnya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 sebelum dibawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menyarankan kepada semua komuniti maritim agar mematuhi undang-undang di laut dan amat mengalu-alukan perkongsian maklumat, aduan mahupun insiden kecemasan bagi menjamin kesejahteraan perairan negara.

Sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di laut dan kegiatan yang mencurigakan termasuklah insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 untuk maklum balas segera.

 

TG MANIS TUNDA11

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON