23
Thu, Apr

MEDEVAC | MARITIM MALAYSIA BANTU PESAKIT WANITA ALAMI PENDARAHAN PARU-PARU

KUANTAN, 16 JUN – Maritim Negeri Pahang telah melaksanakan misi bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) terhadap seorang pesakit wanita yang mengalami pendarahan paru-paru yang memerlukan rawatan segera dari Pulau Tioman ke Hospital Rompin, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Maritime Rescue Sub–Center (MRSC) Kuantan menerima permohonan untuk bantuan pemindahan pesakit dari Klinik Kesihatan Kampung Tekek (Dr. Mohd Faris) pada sekitar jam 9.45 malam semalam.

Namun misi bantuan tidak dapat dilaksanakan disebabkan cuaca buruk dan laut bergelora di perairan Pulau Tioman.

Pesakit, Bak Sai Keh Sing, 28 mengalami masalah pendarahan paru-paru atau 'Near drowning TRO pulmonary hemorrhage' telah dibawa menggunakan BOT PERKASA 1246 dari Jeti Marina Tekek, Pulau Tioman pada sekitar jam 7.50 pagi dan selamat tiba di Jeti Pos Maritim Teluk Gading kira-kira 9.10 pagi tadi.

Pesakit diiringi oleh seorang rakan dan dua petugas kesihatan sebelum dikejarkan menaiki ambulans ke Hospital Rompin bagi menerima rawatan lanjut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

MEDEVAC TIOMAN   MEDEVAC TIOMAN 3   MEDEVAC TIOMAN 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON