KUALA TERENGGANU, 28 JANUARI – Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan tadbir urus cekap, kebertanggungjawaban serta pengukuhan keupayaan keselamatan negara, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, hari ini telah mengadakan lawatan kerja rasmi sempena Majlis Take In Hand bagi Perkhidmatan Ship Life Extension Programme (SLEP) kapal KM RAWA di OBM Technic Sdn. Bhd., Kuala Terengganu.
Lawatan kerja itu mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia dalam memastikan setiap pengurusan aset strategik negara dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berorientasikan hasil, sejajar dengan prinsip kecekapan perkhidmatan awam yang menjadi teras Kerajaan MADANI.
Penekanan turut diberikan terhadap pematuhan spesifikasi teknikal, perancangan berfasa yang sistematik serta pelaksanaan program yang menepati jadual dan kos ditetapkan.
Pelaksanaan Program SLEP KM RAWA merupakan inisiatif strategik yang signifikan dalam usaha memanjangkan jangka hayat aset sedia ada secara mampan, sekali gus mengoptimumkan penggunaan sumber negara tanpa menjejaskan kesiapsiagaan operasi. Pendekatan ini selari dengan prinsip kemampanan dan nilai berhemah dalam pengurusan aset awam, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan MADANI.
Melalui program ini, Maritim Malaysia terus memperkukuh keupayaan operasi di laut bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang maritim, menangani ancaman keselamatan serta melindungi kepentingan negara, demi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan perairan Malaysia untuk manfaat seluruh rakyat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

