11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

ELAK ISU KETIRISAN DAN INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA PRAKTIK PUSINGAN KERJA PEGAWAI DAN ANGGOTA

PUTRAJAYA, 22 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mempraktikkan pelaksanaan pusingan kerja pegawai dan anggotanya dan telah menjadi amalan sedia ada bagi mengelakkan berlakunya ketirisan atau isu integriti dalam kalangan warganya.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, tindakan berkenaan seiring dengan usaha kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengelak berlakunya pelanggaran integriti di kalangan warga.

Beliau turut menjelaskan, tindakan tegas boleh diambil di peringkat dalaman sekiranya terdapat mana-mana pegawai atau anggotanya didapati culas serta tidak berintegriti ketika menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

“Sehubungan itu beberapa langkah telah diambil dalam menanganinya termasuk melaksanakan pusingan kerja bagi posisi tugas yang berisiko selain turut mengenakan tindakan tatatertib bagi mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat isu tersebut,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KDN di sini hari ini.

Datuk Saiful dalam pada itu turut berkata, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang ditekankan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) juga merupakan satu pendekatan baharu yang wajar dalam memastikan setiap penjawat awam khususnya di Maritim Malaysia sentiasa berdaya saing dengan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan masyarakat.

Jelas Datuk Saiful, ini seiring dengan ucapan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji Haji Ubi pada majlis yang sama di mana beliau menegaskan agar Maritim Malaysia memperketatkan lagi kawalan sempadan perairan negara memandangkan masih terdapat laporan aktiviti jenayah di kawasan berkenaan.

“Setiap pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu memastikan kawalan sempadan perairan negara sentiasa optimum dalam usaha mengekang aktiviti salah laku dan jenayah di kawasan berkenaan. Mereka juga perlu meletakkan integriti sebagai tunjang utama ketika melaksanakan tugas dan sewajarnya ini menjadi ikrar mereka.

“Perkara ini akan diberikan perhatian agar Maritim Malaysia juga dapat menyokong usaha Kementerian dalam menjayakan KDN For The Next Generation - KDN 2050 tercapai,” tambah Datuk Saiful.

Terdahulu beliau bersama ketua-ketua jabatan dan pengurusan tertinggi KDN mengiringi Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan di hadapan Bangunan Setia Perkasa, pagi tadi.

Beliau berkata sambutan seperti ini perlu bagi mengenang kembali perik jerih perjuangan orang terdahulu dalam memerdekakan tanah air.

Justeru beliau berharap penguat kuasa Maritim Malaysia teguh dan kental dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman perairan negara bagi memastikan negara kekal aman dan sejahtera.

 

KDN HIMPUN 2
 
KDN HIMPUN 4
 
KDN HIMPUN 5
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC