LAHAD DATU, 20 OGOS – Zon Maritim Lahad Datu telah melaksanakan Program Sahabat Maritim dan Pesta Pantai Tungku 4.0 bersama komuniti maritim di Pantai Kasih Lasa, Kampung Bangingod, Tungku, Lahad Datu pada 16 sehingga 18 Ogos 2024.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu , Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, program secara Karnival tersebut adalah kolaborasi antara Zon Maritim Lahad Datu bersama-sama dengan Organizer Belalang Tempur, JKKK Kampung Bagingod, FGV Plantation Zon Sabah, Ridwan Trading, YaPEIM, Sabah Triton Xpedition, art Solutions dan LDi merupakan usaha bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan komuniti setempat terutamanya di Daerah Tungku.
Program berkenaan adalah kerjasama kali kedua yang dijalankan oleh Zon Maritim Lahad Datu secara Karnival setelah tahun lepas ianya dianjurkan dengan kerjasama Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) .
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari program berlangsung antaranya partandingan silat pantai, bola tampar, gusti lengan, tarik tali dan aktiviti mewarna kanak - kanak, sumbangan 30 bakul makanan dan reruai pameran oleh Agensi kerajaan serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh pihak Klinik Kesihatan.
Aktiviti CSR juga turut diadakan dengan membina arca baru Pantai Kasih Lasa hasil usaha sama dengan Sabah Triton Xpedition selain turut memasang papan tanda kesedaran keselamatan maritim di jeti.
Sempena sambutan Hari kemerdekaan Malaysia ke-67, Konvoi Kembara Merdeka melibatkan hampir 80 buah kenderaan antara kelab SabahTriton Xpedition (STX) dan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) mengibarkan jalur gemilang sepanjang jalan bermula dari Komplek Sukan Lahad Datu ke Pantai Kasih Lasa, Kampung Bangingod Lahad Datu Sabah pada 17 ogos 2024.
Malam kemuncak pada 17 Ogos 2024 juga turut berlangsung Program kerohanian "Pantai Tungku Berselawat" menampilkan Mufti Kerajaan Negeri Sabah iaitu SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @Aziz bin Hj. Jaafar.
Bersempena program berkenaan juga telah diadakan sesi dialog antara APMM, Jabatan Perikanan Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) bagi merungkai isu - isu komuniti dan taklimat kesedaran keselamatan maritim.
Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal di iringi oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dimulai dengan perasmian Penamaan Pantai Kasih Lasa dimana gimik perasmian turut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia. Kemudian lawatan ke reruai pameran Agensi kerajaan telah dilakukan.
Timbalan Menteri dalam ucapan penutupnya mengucapkan terima kasih atas usaha Maritim Malaysia bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam mendekati komuniti maritim dengan melaksanakan Program Sahabat Maritim dimana pelbagai pengisian yang padat dan memberi banyak manfaat kepada banyak pihak serta menjelaskan tugas Maritim Malaysia adalah memastikan Kesejahteraan komuniti maritim.
Program Sahabat Maritim ini akan di teruskan pada tahun akan datang serta dipertingkatkan agar hubungan baik antara penguatkuasa dan masyarakat terus erat.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

