11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

LEBIH 4 RIBU WARGA MARITIM MALAYSIA SELESAI TANDATANGAN SSPA

PUTRAJAYA, 27 OKTOBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama 4,757 pegawai dan anggota Agensi ini dari seluruh negara telah selesai menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Datuk Haji Mohd Rosli dalam satu kenyataan media rasmi berkata, SSPA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperbaharui dan memperkasakan sistem perkhidmatan awam di Malaysia.

Ujar beliau lagi, pelaksanaan SSPA dilihat akan memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan awam dan Maritim Malaysia menyambut baik pelaksanaan sistem saraan baharu ini.

“Inisiatif ini merupakan langkah penting yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mereformasi struktur saraan pegawai awam,”

“SSPA bukan sahaja memperkenalkan penambahbaikan dari segi struktur gaji dan imbuhan, tetapi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif serta peluang peningkatan kerjaya yang lebih jelas kepada anggota perkhidmatan awam, termasuk Maritim Malaysia,” tambah beliau.

Terdahulu pelaksanaan menandatangani opsyen SSPA warga Maritim Malaysia dimulakan dengan sesi taklimat kepada pegawai dan anggota di seluruh negara bermula 30 September hingga 17 Oktober lalu.

Proses kemudiannya diteruskan dengan sesi menandatangani borang opsyen SSPA pada 21 Oktober lalu bermula Pengurusan Tertinggi Ibu Pejabat Maritim Malaysia sehingga peringkat anggota pelaksana yang berakhir pada 25 Oktober lalu.

Opsyen SSPA warga Maritim Malaysia merujuk kepada dua Pekeliling Perkhidmatan iaitu perkhidmatan penguat kuasa maritim dan perkhidmatan gunasama.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan semua pihak yang terlibat dalam merangka dan melaksanakan SSPA,”

“Kejayaan pelaksanaan sistem ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua warga Maritim Malaysia dalam menyesuaikan diri dengan perubahan,” ujar beliau lagi.

Berkuatkuasa pada 1 Disember ini, SSPA diperkenalkan sebagai satu sistem yang lebih komprehensif menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) bagi meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan serta meningkatkan daya saing negara.

 

TT SSPA
 
TT SSPA 2
 
TT SSPA 3
 
TT SSPA 4
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC