LUMUT, 6 NOVEMBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menyantuni warga Maritim Negeri Perak, Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) Lumut dan Zon Maritim Kuala Kurau dalam sesi lawatan kerja sehari di sini siang tadi.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) SWASLA Lumut, Komander Maritim Mohd Fahimi bin Omar, Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Memerintah Kapal, Ketua-ketua Bahagian serta warga Maritim Negeri Perak.
Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi pemeriksaan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) diikuti pemeriksaan barisan, penyampaian Reben Perkhidmatan Cemerlang Maritim Malaysia (R.C.M) dan lencana kepakaran serta seterusnya penyampaian amanat oleh Ketua Pengarah.
Dalam ucapannya, Datuk Haji Mohd Rosli mengingatkan kembali serta mengupas dengan mendalam Teras Tujuh yang telah digariskan antaranya Kepimpinan Proaktif dan Inklusif, Taat Setia, Pembangunan Modal Insan dan Organisasi, Pengukuhan Tatakelola, Kesiapsiagaan Aset, Penggunaan Teknologi Terkini, dan Pengukuhan Jalinan Kerjasama.
Beliau turut berharap Teras Tujuh yang digariskan itu akan menjadi langkah awal yang kukuh untuk melonjakkan Maritim Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, rentetan dari Belanjawan 2025 beliau juga menzahirkan rasa gembira di mana Perdana Menteri telah memperuntukkan sejumlah RM675 juta kepada Agensi ini.
Beliau turut menyokong usaha kerajaan dalam memperkenalkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang banyak memberi penambahbaikan kepada anggota perkhidmatan awam termasuk Maritim Malaysia.
Selaku Ketua Pengarah baharu, beliau turut komited untuk menjayakan agenda pemerkasaan Maritim Malaysia yang bukan sekadar untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi, tetapi juga untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan setiap anggota.
Tambahnya lagi, tugas Maritim Malaysia bukan sekadar penyampaian perkhidmatan malahan bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat. Setiap operasi yang dilaksanakan akan memberi impak terhadap keselamatan maritim dan kehidupan rakyat.
Dengan komitmen dan kerjasama semua pihak diharapkan Maritim Malaysia mampu dibentuk sebagai sebuah agensi yang bukan sahaja efisien, tetapi juga menjadi simbol kebanggaan dan kepercayaan rakyat.
Setiap langkah yang diambil adalah batu loncatan untuk menjadikan Maritim Malaysia lebih responsif dan berdaya saing, sekaligus menjunjung aspirasi negara ke arah keselamatan maritim yang unggul.
Sebelum mengakhiri sesi lawatan tersebut, satu sesi bacaan ikrar oleh seluruh warga Maritim Negeri Perak telah dilaksanakan sebelum ditamatkan dengan sesi menandatangi buku pelawat dan sesi bergambar.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

