PULAU PINANG, 15 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang bagi meninjau cadangan lokasi Sambutan Dua Dekad Hari Ulang Tahun (HUT) Maritim Malaysia baru-baru ini.
Lawatan ini adalah bertujuan bagi menilai cadangan tapak utama dan persiapan yang diperlukan untuk memastikan sambutan ulang tahun itu berlangsung dengan lancar dan meriah, selepas Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah HUT kali ini yang akan diadakan pada 15 Februari tahun hadapan.
Jelasnya lagi, sambutan dua dekad ini bukan sahaja untuk meraikan pencapaian Maritim Malaysia, tetapi juga untuk mendekatkan agensi ini dengan rakyat dan memupuk kefahaman tentang peranan yang dimainkan Agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Nasir bin Mohamad Mazlan, dan Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim.
Lawatan kerja ini dimulakan dengan tinjauan tapak di Padang Kota Lama dan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) untuk mengenal pasti kedudukan strategik aset Maritim Malaysia yang akan digunakan dalam Fleet Review, iaitu di antara acara utama yang bakal menarik perhatian orang ramai untuk hadir ke majlis tersebut.
Di akhir sesi lawatan, satu Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Tapak telah diadakan bagi membincangkan keperluan logistik, pengurusan aset, persembahan demonstrasi dan lain-lain keperluan agar majlis bakal berjalan seperti yang dirancang.
Untuk rekod, Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana lokasinya yang strategik dan kemudahan Infrastruktur yang lengkap, ideal dan bersesuaian untuk penganjuran acara berskala besar.
Sambutan Dua Dekad Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia dijangka menjadi acara yang penuh bermakna, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran maritim, pertunjukan aset dan demonstrasi keselamatan di laut.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

