22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

41 PASKAM UMPSA TERIMA PANGKAT KADET KANAN MUDA

GAMBANG, 15 NOVEMBER – Seramai 41 Pegawai Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima Pangkat Kadet Kanan Muda bagi Pegawai Kadet PASKAM UMPSA Siri 1/2023 bertempat di Auditorium Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang hari ini.

Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakrul Akmal bin Mat berkata, program ini adalah sebahagian daripada program pembangunan kepemimpinan mahasiswa di bawah kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Beliau turut berkata, PASKAM diwujudkan bagi melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja berpengetahuan dalam bidang penguatkuasaan maritim tetapi juga memiliki kemahiran insaniah yang tinggi, seperti kepimpinan dan disiplin yang mantap.

"PASKAM merupakan platform inisiatif Maritim Malaysia dalam membentuk generasi muda pelapis pemimpin masa depan negara selain memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampai ucapan dalam Majlis Pemakaian Pangkat Kadet Kanan Muda bagi Pegawai Kadet PASKAM UMPSA Siri 1/2023 hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Kehormat Maritim UMPSA, Leftenan Maritim Kehormat Prof. Madya Dr. Izwan bin Ismail, Leftenan Madya Maritim Kehormat Saharudin bin Ramli, para pegawai dan jurulatih PASKAM serta pegawai Maritim Negeri Pahang.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Pegawai Kehormat Maritim UMPSA, Leftenan Maritim Kehormat Prof. Madya Dr. Izwan bin Ismail berkata, program PASKAM ini telah memberi manfaat kepada pelajar dari segi pembangunan diri di samping membuka peluang kepada mereka untuk sama-sama menyumbang tenaga menjaga keselamatan perairan negara.

“Terima kasih kepada Maritim Negeri Pahang khususnya jurulatih yang telah berjaya membentuk mereka menjadi insan berdisiplin dan yang mempunyai nilai patriotisme yang tinggi,” tambah beliau.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pegawai kadet dan tetamu kehormat.

 

WhatsApp Image 2024 11 15 at 3.54.08 PM
 
WhatsApp Image 2024 11 15 at 3.54.10 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 11 15 at 3.54.10 PM
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC