08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH SINERGI SERANTAU MENERUSI MEWG SIRI 1/2026 MALAYSIA - THAILAND

MELAKA, 4 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh kerjasama strategik keselamatan maritim serantau menerusi penglibatan aktif dalam Mesyuarat Maritime Exercise Working Group (MEWG) Siri 1/2026 Malaysia–Thailand yang berlangsung di Asia Melaka Hotel, di sini, dari 1 hingga 3 April lalu.

Mesyuarat menghimpunkan agensi keselamatan maritim utama kedua-dua negara, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) serta Thailand Maritime Enforcement Coordination Center (THAI-MECC).

Dikoordinasikan oleh Malaysia-Thailand Border Coordination Office (MTBCO) di bawah Majlis Keselamatan Negara, mesyuarat ini memberi fokus kepada perancangan dan penyelarasan pelaksanaan Eksesais Bilateral Sea Exercise Thailand-Malaysia (SEA EX THAMAL) 2026.

Eksesais tersebut dijangka dilaksanakan di kawasan strategik perairan sempadan Malaysia–Thailand, meliputi Selat Melaka Utara dan Laut China Selatan, dengan penekanan terhadap kesiapsiagaan operasi bersama, interoperabiliti aset serta kecekapan tindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim rentas sempadan.

Delegasi Thailand diketuai oleh Pengarah Divisyen Operasi, 2nd Naval Area Command, Captain Kamjad Samakkanat RTN, manakala pihak Malaysia disambut oleh Timbalan Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Pertama Gan Chin Keat TLDM.

Maritim Malaysia pula diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi. Turut mengiringi ialah Komander Ahmad Faez bin Mat Ghani, Komander Maritim Amiludin bin Yenggah serta Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil.

Sebagai platform tahunan, MEWG memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh penyelarasan operasi serta pertukaran maklumat antara kedua-dua negara, khususnya dalam menangani cabaran keselamatan maritim seperti penyeludupan, jenayah rentas sempadan, keselamatan pelayaran dan pemeliharaan alam sekitar marin.

Penglibatan konsisten Maritim Malaysia dalam inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkasa keupayaan penguatkuasaan maritim negara, di samping mempererat hubungan diplomatik dan kerjasama strategik di peringkat serantau.

MEWG
 
MEWG2
 
MEWG3
 
MEWG4

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC