21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

PEMIMPIN MUDA DIDEDAH REALITI TUGAS MARITIM DALAM PROGRAM BERIMPAK TINGGI

TANJUNG SEDILI, 8 APRIL – Seramai 61 murid tahap dua yang memegang jawatan kepimpinan dari Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Saadon, Felda Air Tawar 2 Kota Tinggi, berpeluang menimba pengalaman berharga apabila menyertai Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda hasil kerjasama bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, semalam.

Program yang berlangsung sehari di Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili itu turut disertai sembilan orang guru pengiring, dengan pengisian pelbagai aktiviti interaktif dan berinformasi yang memberi pendedahan awal kepada dunia penguatkuasaan maritim.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, program ini bertujuan membentuk jati diri serta semangat kepimpinan dalam kalangan murid melalui pendekatan praktikal dan pengalaman sebenar di lapangan.

“Pelbagai aktiviti telah disusun termasuk taklimat kerjaya, taklimat keselamatan di laut, pameran senjata, pameran replika aset maritim, tayangan video serta lawatan ke Bot PERKASA 29 milik Maritim Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan secara langsung ini mampu memberi gambaran jelas kepada para peserta mengenai peranan dan tanggungjawab anggota maritim dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Sepanjang program, para pelajar didedahkan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai berpengalaman iaitu Leftenan Komander Maritim Mohamed Shafiee Bakar, Leftenan Komander Maritim Faezal Alimat, Leftenan Maritim Nazrul Azree Kamarutzaman, serta Leftenan Madya Maritim Nur Azlina Hanafi.

Selain itu, aktiviti ice breaking yang dijalankan berjaya mewujudkan suasana lebih santai dan mesra, sekali gus menggalakkan interaksi aktif antara peserta dan anggota Maritim Malaysia.

Program seumpama ini dilihat bukan sahaja memberi nilai tambah kepada ilmu pengetahuan murid, malah berperanan penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berwawasan dan berani menyahut cabaran masa hadapan.

TG SEDILI MURID
 
TG SEDILI MURID3
 
TG SEDILI MURID4
 
TG SEDILI MURID5

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC