SUBANG, 9 APRIL – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima lawatan daripada delegasi Kapal Philippine Coast Guard (PCG), BRP Gabriela Silang OPV-8301 pagi tadi.
Delegasi yang diketuai oleh Commanding Officer Captain Glenn B Daraug (PCG) itu hadir bersama 30 pegawai dan anggota PCG telah disambut oleh Ketua Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, Ketua Seksyen Operasi, Komander Maritim Mohamad Redzuan bin Abdullah, Ketua Skuadron Amphibious, Komander Maritim Muhammad bin Saad dan barisan pegawai kanan dari SUMS.
Ketibaan delegasi pada jam 10 pagi itu dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan SUMS oleh Commanding Officer Gleen B Daraung sambil disaksikan oleh para pegawai PCG dan Maritim Malaysia di ruang legar pintu utama SUMS sebelum dibawa untuk mendengar taklimat di Auditorium.
Dalam kunjungan dan lawatan itu, kesemua delegasi diberi taklimat mengenai pengoperasian SUMS, pengenalan mengenai aset-aset serta pengenalan daripada 'Resque Swimmer' berkenaan operasi dan peralatan yang dimiliki unit tersebut.
Selain itu, para delegasi turut diberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SUMS dalam memastikan operasi penguatkuasaan maritim di negara ini sentiasa berada dalam tahap kesiap siagaan tertinggi pada setiap masa.
Seusai taklimat, para pegawai dan anggota PCG dibawa ke Hanger dan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.
Untuk rekod, kunjungan delegasi PCG ke SUMS ini adalah sebahagian daripada lawatan ulung dari Kapal Peronda Luar Pesisir Philippine Coast Guard, BRP Gabriela Silang OPV-8301 yang berlabuh di Port Klang Cruise Terminal (PKCT) semalam.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

