08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN OPERASI UDARA MARITIM MALAYSIA KE ATAS KETUA INSPEKTOR BIRO SIASATAN KEMALANGAN UDARA, KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

PUTRAJAYA, 9 APRIL – Bahagian Operasi Udara (BOU) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Inspektor Biro Bahagian Sisatan Kemalangan Udara (BSKU), Brigidier Jeneral Tan Chee Kee TUDM di pejabatnya di Kementerian Pengangkutan semalam.

Delegasi Maritim Malaysia telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan melaksanakan tugas Ketua Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU), Kepten Maritim Mohd Tahir bin Khalid, diiringi Kepten Maritim Mohammad Al - Amin bin Hashim dan Ketua Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas bantuan kepakaran serta kerjasama yang telah diberikan dalam siasatan insiden pesawat AW 139 milik Malaysia Malaysia di perairan Pulau Angsa pada 5 Mac tahun lalu.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah mengenai kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran di antara BSKU dan Maritim Malaysia bagi memperkukuhkan keupayaan operasi dan keselamatan di perairan negara khususnya Zon Maritim Malaysia.

Dalam pertemuan itu juga, turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, Ketua Penolong Kanan, Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim dan Komander Maritim Mohd Ardi bin Mat Nawi.

 

BOU BSKU2
 
BOU BSKU3
 
BOU BSKU4
 
BOU BSKU5
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC