PUTRAJAYA, 8 APRIL – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksmana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (OPLAT), Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin pagi tadi.
Delegasi yang tiba pada jam 9.30 pagi itu telah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony dan pasukan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) yang dilakukan di lobi Ibu Pejabat Maritim Malaysia, sebelum di bawa ke Pejabat Ketua Pengarah.
Dalam pertemuan itu, turut mengiringi Datuk Haji Mohd Rosli ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.
Tujuan pertemuan itu diadakan adalah sebagai inisiatif kedua-dua pihak memperkasakan hubungan kerjasama erat yang sedia terjalin dan penambahbaikan ke arah kecemerlangan Maritim Malaysia dan TLDM seiring dengan matlamat dan komitmen dalam melindungi dan mempertahankan kedaulatan perairan Zon Maritim Malaysia.
Kerjasama berterusan ini juga akan menjadi tonggak utama dalam memastikan peranan dan fungsi tugas pengoperasian kedua-dua agensi berada di tahap yang optimum di samping bertukar pandangan mengenai pembangunan dan tahap kesiagaan aset sedia ada.
Pertemuan diakhiri dengan pertukaran cenderamata sebagai tanda kerjasama harmoni yang terjalin melalui kunjungan hormat ini.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

