11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

SIASATAN FORENSIK MARITIM | MARITIM MALAYSIA RINTIS PLATFORM PEMBELAJARAN DAN KERJAYA

PUTRAJAYA, 6 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus komited dalam memartabatkan bidang siasatan forensik, khususnya dalam konteks maritim, secara tidak langsung mengangkat namanya sebagai agensi yang kompeten dan berwibawa. 

Komitmen ini dibuktikan melalui peluang yang terbuka luas terhadap golongan mahasiswa melalui program latihan industri (internship) yang ditawarkan kepada mana-mana penuntut Universiti Awam (UA) di Agensi.

Baru-baru ini, seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menamatkan latihan industrinya selama tiga bulan di Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau berpeluang mendalami ilmu forensik maritim, pengurusan bukti kes, dan teknik siasatan di lokasi kejadian.

Di samping itu juga, pelatih diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menyediakan laporan siasatan dan memahami prosedur serta undang-undang berkaitan jenayah maritim.

Lebih daripada sekadar teori, pelatih turut diberi pendedahan dan penglibatan secara langsung dalam tugasan sebenar, di mana pengalaman ini bukan sahaja dilihat dapat meningkatkan keyakinan diri berdasarkan teori dan praktikal dalam dunia siasatan forensik.

Sepanjang mengikuti latihan industri, pelatih juga diberi peluang menyertai operasi di lapangan, mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, serta diberi tunjuk ajar mengenai selok-belok proses siasatan sebenar.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah, melahirkan rasa bangga dan penghargaan atas dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan oleh pelatih.

Beliau berharap segala ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang latihan industri yang diikuti di Maritim Malaysia dapat dimanfaatkan selain melengkapkan keperluan kursus pengajian yang diambil.

Maritim Malaysia berazam untuk terus menjadi peneraju dalam pembangunan kepakaran forensik maritim di negara ini, sekaligus melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BSJM INTERN2
 
BSJM INTERN3
 
BSJM INTERN4

 

PENGARAH BAHARU ZON MARITIM TAWAU TEGAS TERUS PERKASA KESELAMATAN PERAIRANB TIMUR SABAH

TAWAU, 6 JUN – Komitmen memperkukuh kawalan keselamatan maritim di perairan timur Sabah diteruskan apabila Kepten Maritim Ariffin bin Ghazali secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Zon Maritim Tawau dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung pada Rabu. 

Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali itu turut menyaksikan mantan Pengarah, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, akan berpindah ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Dalam ucapannya, Kepten Maritim Ariffin menegaskan komitmennya untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan pentadbiran yang ditinggalkan oleh pegawai terdahulu, di samping memberikan tumpuan kepada kesiapsiagaan operasi, kerjasama komuniti maritim, serta memperhebat operasi membanteras jenayah rentas sempadan.

“Cabaran keselamatan perairan timur Sabah tidak pernah surut, justeru kepercayaan ini akan saya galas dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Kerjasama semua pihak sangat penting untuk menjadikan zon ini lebih selamat dan efisien,” ujarnya.

Sementara itu, Kepten Maritim Shahrizan dalam ucapan perpisahannya melahirkan penghargaan kepada seluruh warga Zon Maritim Tawau atas semangat kerja berpasukan yang tinggi sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa bangga, yakin dan percaya bahawa kepimpinan baharu akan mampu membawa Zon Maritim Tawau ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Nurhaini binti Osli, serta Pengarah-pengarah Zon Maritim dari seluruh Sabah dan W.P. Labuan.

 

PZM TAWAU2
 
PZM TAWAU3
 
PZM TAWAU4
 
PZM TAWAU

PERBARISAN KOMANDER PASUKAN DAN MAJLIS PALUAN BERUNDUR PEGAWAI WARAN MARKAS STAR TEAM RAI JASA DAN PENGORBANAN ANGGOTA VETERAN

PELABUHAN KLANG, 4 JUN – Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan Perbarisan Tempur Tahunan dan Majlis Paluan Berundur Pegawai Waran Markas dengan penuh istiadat dan penghormatan di pejabat Pasukan Tindakan Khas (STAR Team), Skuadron Gempur Semenanjung.

Perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Komander STAR Team, Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor dan disertai oleh tujuh pegawai serta 50 anggota termasuk dari Skuadron Selam Negeri di Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Menerusi majlis itu, beliau turut melaksanakan pemeriksaan peralatan lengkap pegawai dan anggota secara menyeluruh bagi memastikan semua kelengkapan berada dalam keadaan siap guna setiap masa untuk latihan atau penugasan operasi.

Beliau dalam ucapannya menekankan kepentingan 'sense of belonging' dalam penggunaan dan penjagaan peralatan tempur pasukan, memandangkan aset tersebut bernilai tinggi dan menjadi tonggak kepada kecekapan operasi pasukan khas Maritim Malaysia.

Turut ditegaskan ialah aspek disiplin yang menjadi teras utama kepada kekuatan dan integriti setiap pegawai dan anggota STAR Team. Kepten Maritim Syuzefril turut menyeru seluruh pasukan agar sentiasa dalam kesiapsiagaan penuh sebagai barisan penggempur utama Maritim Malaysia dalam menangani sebarang ancaman keselamatan maritim negara.

Acara turut menyaksikan detik bersejarah dengan Majlis Paluan Berundur Pegawai Waran I Maritim Sabri bin Nordin yang telah berkhidmat sejak penubuhan awal STAR Team pada tahun 2005. PW I Maritim Sabri merupakan antara anggota Tim Nukleus yang membentuk asas penubuhan pasukan ini bersama Laksamana Pertama Maritim Abim anak Sugom.

Antara sumbangan besar beliau termasuk melatih kumpulan pertama 24 pegawai dan anggota STAR Team pada Julai 2009 melalui kerjasama dengan Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebelum diteruskan dengan latihan bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL). Komitmen dan dedikasi beliau dalam membina keupayaan tempur pasukan akan terus dikenang sebagai legasi yang membanggakan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan acara street lining sebagai penghormatan terakhir kepada PW I Maritim Sabri yang meninggalkan perkhidmatan dengan jasa dan pengorbanan beliau.

 

STAR TEAM
 
STAR TEAM2
 
STAR TEAM4
 
STAR TEAM5

HKKM | TEROKAI HOTSPOT MEMANCING BERSAMA SUKARELAWAN SAR MARITIM

KUCHING, 5 JUN – Sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025, Maritim Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak (PKPS) telah menganjurkan satu program pelayaran ke lokasi 'hotspot' memancing bersama Pasukan Sukarelawan 'Search and Rescue' (SAR) Maritim, pagi tadi.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu dimulakan dengan ketibaan sukarelawan dan wakil media, kemudian disusuli tengan bacaan doa sebelum pelayaran dimulakan pada jam 8.00 pagi dari Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Sallahudin (KOMTAS).

Para peserta dibawa menerokai 13 lokasi memancing tumpuan sekitar perairan Kuching termasuk Karang Buntal, Karang Sauh, Batu Mandik, Kapal Thai dan Kapal Jepun.

Selain berpeluang mengenal pasti kawasan 'hotspot' , program ini turut menekankan aspek keselamatan di laut serta memperkenalkan peranan penting Pasukan Sukarelawan SAR Maritim dalam operasi menyelamat.

Pihak media turut merakamkan suasana sepanjang pelayaran dan berinteraksi bersama anggota Sukarelawan yang hadir.

Pelayaran berakhir dengan selamat di Jeti KOMTAS dan telah berjaya memupuk kerjasama erat antara agensi dan komuniti pemancing serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan keselamatan di laut.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini terus menggalakkan penglibatan komuniti maritim dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Ketahui lebih banyak aktiviti sempena HKKM di platform sosial media rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

 

HKKM HOTSPOT5
 
HKKM HOTSPOT3
 
HKKM HOTSPOT2
 
HKKM HOTSPOT4

MESYUARAT MARDOF SABAH SUSUN TINDAKAN BENDUNG PENCEROBOHAN VESEL ASING

KOTA KINABALU, 4 JUN – Isu pencerobohan Vesel Nelayan Asing (VNA) dan penggunaan peralatan menangkap ikan yang diharamkan terus menjadi keutamaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan (MARDOF) Negeri Sabah yang berlangsung buat julung kalinya, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Malaysia, Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz memaklumkan, mesyuarat secara bersemuka ini diadakan melibatkan kerjasama strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan (DOF) Sabah bagi membincangkan secara mendalam isu keselamatan perairan Sabah yang kian meruncing dan memberi kesan langsung kepada kedaulatan maritim serta ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Operasi dan Pegawai Operasi dari enam Zon Maritim utama iaitu Labuan, Sandakan, Tawau, Kudat, Lahad Datu dan Semporna serta delegasi Jabatan Perikanan Sabah yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalselia, Encik Ruzlee Jumatin.

Delegasi Jabatan Perikanan turut disertai wakil dari Pangkalan Perikanan seluruh Sabah termasuk di Kudat, Kuala Penyu, Sandakan, Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Kehadiran ini memberi gambaran seriusnya pendekatan rentas agensi bagi menangani isu pencerobohan dan salah guna sumber perikanan negara.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah kaedah bersepadu untuk membanteras penggunaan ‘bagang’ haram yang semakin berleluasa, serta penyesuaian penggunaan Akta Perikanan di Sabah dalam pelaksanaan operasi di lapangan. Taklimat khas mengenai pemakaian undang-undang perikanan disampaikan oleh Encik Ruzlee turut memberi pencerahan terhadap pendekatan penguatkuasaan lebih berkesan.

Mesyuarat turut mencapai kata sepakat untuk melaksanakan operasi bersama secara lebih tersusun dan berjadual, sebagai tindak balas proaktif terhadap pelbagai ancaman di zon-zon panas perairan negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, kerjasama erat antara agensi amat penting untuk menyelaras tindakan penguatkuasaan serta meningkatkan kecekapan respons terhadap isu-isu maritim.

“Koordinasi ini bukan sahaja mengelakkan pertindihan tugas, malah memastikan tiada ketirisan hasil laut negara akibat kegiatan haram yang berleluasa di perairan Sabah,” katanya.

Mesyuarat MARDOF Negeri Sabah dijangka menjadi platform tetap untuk merancang pelaksanaan operasi penguatkuasaan yang lebih strategik dan menyeluruh pada masa hadapan.

 

MARDOF
 
MARDOF2
 
MARDOF3
 
MARDOF5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC