11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

LAWATAN PELABUHAN MARITIM MALAYSIA KE SANYA, PERKASA JALINAN BERSAMA CHINA COAST GUARD

HAINAN, 20 JUN – Sempena lawatan pelabuhan Kapal Maritim (KM) TUN FATIMAH ke Sanya, Hainan, satu sesi Professional Exchange Talk antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan China Coast Guard (CCG) telah diadakan sebagai platform memperkukuh kerjasama dua hala dalam aspek penguatkuasaan dan keselamatan maritim serantau.

Sesi ini melibatkan pembentangan empat segmen utama meliputi Maritime Intelligence, Maritime Security for Major Events, Maritime Forensics dan Maritime Drug Enforcement Experience.

Selain itu, turut dikongsi adalah amalan terbaik dalam Search and Rescue, prosedur Boarding and Inspection, serta pelaksanaan operasi penguatkuasaan maritim oleh kedua-dua agensi.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik ini, turut diadakan Manoeuvring and Communication Planning Table Top Exercise yang memberi tumpuan kepada penyelarasan pelan komunikasi, protokol operasi serta langkah kontingensi. Latihan ini melibatkan Seksyen Komunikasi dan Navigasi KM TUN FATIMAH bersama aset CCG 5202.

Menerusi jalinan erat ini, ia sekali gus memperkukuh komitmen kedua-dua agensi dalam memastikan keselamatan perairan serantau terus terpelihara.

 

LAWATAN PELABUHAN
 
LAWATAN PELABUHAN2
 
LAWATAN PELABUHAN5
 
LAWATAN PELABUHAN4

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JAPAN COAST GUARD KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 24 JUN – Susulan lawatan kapal Japan Coast Guard (JCG), Mizuho ke Pelabuhan Klang semalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi JCG yang diketuai oleh Vice Commandant for Operations, Vice Admiral Kanosue Hiroaki di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Kunjungan hormat ini dimulakan dengan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) sebagai penghormatan ke atas delegasi JCG dan kesemua delegasi disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Maritim Malaysia dan JCG yang sekian lama terjalin dalam melaksanakan komitmen berterusan terhadap usaha memuktamadkan Memorandum Kerjasama (MoC) antara kedua-dua agensi yang dilihat sebagai instrumen strategik untuk mempertingkat kolaborasi dalam bidang keselamatan maritim.

Kerjasama teknikal turut menjadi antara fokus utama kunjungan ini dengan menyatakan penghargaan Maritim Malaysia kepada JCG atas pelaksanaan latihan oleh Mobile Cooperation Team (MCT) serta latihan penahanan khusus yang sedang dijalankan dalam memperkukuh keupayaan operasi serta kemahiran taktikal pegawai dan anggota Maritim Malaysia.

Turut hadir dalam sesi ini, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah; Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Mohd Hamzah Murghayah bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Nasir bin Man.

 

KUNJUNGAN JAPAN
 
KUNJUNGAN JAPAN3
 
KUNJUNGAN JAPAN4
 
KUNJUNGAN JAPAN5

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA RENTAS SEMPADAN DI SEAEX THAMAL 71/2025

PHUKET, 18 JUN – Maritim Malaysia terus memperkukuh kerjasama strategik maritim serantau menerusi Eksesais SEAEX THAMAL 71/2025, satu platform penting pengoperasian bersama antara penguat kuasa maritim Malaysia dan Thailand.

Commander 3rd Naval Area Command merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Vice Admiral Suwat Donsakul, telah menyempurnakan Majlis Pembukaan eksesais ini di Phuket, Thailand pada pagi 17 Jun 2025.

Turut hadir mewakili Malaysia ialah Malaysian Joint Chairman (MJC) iaitu Panglima Wilayah Laut 3 Laksamana Muda Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar TLDM bersama delegasi Maritim Malaysia diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony bersama Pegawai Memerintah KM TENGGOL Leftenan Komander (M) Ahmad Shakur Bin Jamaludin.

SEAEX THAMAL 71/2025 yang berlangsung bermula 16 hingga 21 Jun 2025, berperanan sebagai platform pengukuhan hubungan dua hala dalam aspek penguatkuasaan maritim, dengan fokus kepada eksesais bersama di perairan sempadan Malaysia–Thailand, khususnya di Laut Andaman dan kawasan Combined Patrol Area (CPA) Satun/Perlis.

Penyertaan aktif Maritim Malaysia dalam eksesais ini adalah cerminan iltizam Agensi dalam memastikan kesiapsiagaan operasi rentas sempadan yang berkesan, pengukuhan keupayaan eksesais bersama, pemeliharaan kedaulatan perairan negara, perkongsian maklumat risikan dan operasi.

Selain Maritim Malaysia, eksesais ini turut melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) serta Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Majlis Penutup eksesais dijadual untuk diadakan di Markas Wilayah Laut 3, Pangkalan TLDM Langkawi.

SEAEX THAMAL terus menjadi medan utama memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Thailand dalam memastikan perairan sempadan kekal aman, selamat dan dihormati oleh komuniti serantau.

Maritim Malaysia komited untuk terus berganding bahu bersama semua agensi maritim serantau dalam memperkasa keselamatan dan kestabilan perairan Nusantara.

 

SEAEX THAMAL7
 
SEAEX THAMAL2
 
SEAEX THAMAL4
 
SEAEX THAMAL5

LAWATAN KEBAJIKAN | KUNJUNGAN KASIH MARITIM MALAYSIA KEPADA WARGA YANG DITIMPA MUSIBAH

SHAH ALAM, 19 JUN – Prihatin terhadap kebajikan warga agensi yang ditimpa musibah, Cawangan Protokol dan Kerohanian Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya telah mengadakan Lawatan Kebajikan - Kunjungan Kasih kepada PW I (M) Nor Hisham bin Ahmad dari Seksyen Kejuruteraan Marin, Bahagian Kejuruteraan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Protokol dan Kerohanian, Kepten Maritim Razali bin Kasim itu diadakan di Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Shah Alam.

Ketika kunjungan itu, isteri Nor Hisham, Puan Siti Rahayu binti Mohd Ramli sedang menemani pesakit di Bilik No. 90, Tingkat 1, hospital berkenaan.

Program Kunjungan Kasih ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan Agensi bagi menyantuni warga Maritim Malaysia dan ahli keluarga mereka yang sedang diuji dengan cabaran kesihatan atau musibah, di samping memperkukuh semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Maritim Malaysia mendoakan agar PW I (M) Nor Hisham segera sembuh dan dikurniakan kekuatan untuk kembali berkhidmat dengan cemerlang.

 

KUNJUNGAN KASIH2

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) KDN KE ZON MARITIM MIRI

MIRI, 18 JUN – Zon Maritim Miri semalam menerima kunjungan kerja daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ybrs. Tuan Encik Fakhrul Razi bin Ab Wahab.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad bersama warga Maritim Malaysia di zon tersebut.

Sepanjang lawatan, beliau telah diberikan taklimat operasi melibatkan aset-aset Maritim Malaysia di perairan Sarawak, khususnya bagi kawasan tanggungjawab Zon Maritim Miri.

Turut diadakan ialah lawatan tapak ke sekitar kompleks Zon Maritim Miri yang merangkumi bangunan pentadbiran, lokap, kuarters, surau, jeti serta beberapa fasiliti lain yang menyokong keperluan operasi harian agensi.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan atas kesudian pihak KDN meluangkan masa meninjau kesiapsiagaan operasi dan prasarana Zon Maritim Miri.

 

KH TKSU P2
 
KH TKSU P3
 
KH TKSU P4
 
KH TKSU P5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC