SUBANG, 21 MAC – Dalam semangat menghayati keberkatan Ramadan, Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Moreh bersama warga serta keluarga mereka dalam suasana penuh keakraban di Perkarangan Hangar SUMS, baru-baru ini.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, yang bersama-sama meraikan kemuliaan bulan mulia ini dengan pegawai serta anggota SUMS.
Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan berkata, penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk berbuka puasa bersama tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga SUMS.
“Melalui majlis seperti ini, saya berharap ukhuwah antara semua warga SUMS terus diperkukuh dan diberkati, selari dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam bulan Ramadan,” katanya.
Selain menikmati juadah berbuka puasa bersama, para hadirin turut disajikan dengan sesi tazkirah oleh Ustaz Mohd Syobah bin Abdullah yang menyentuh mengenai keistimewaan Ramadan serta amalan yang boleh dipertingkatkan sepanjang bulan ini.
Majlis kemudian diteruskan dengan solat fardhu Maghrib dan fardhu Isyak serta solat Tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Leftenan Madya Maritim Mohd Nazrin bin Mohamad.
Penganjuran majlis ini mencerminkan semangat kebersamaan serta nilai berkongsi rezeki dalam kalangan warga SUMS, sejajar dengan semangat Ramadan yang menekankan perpaduan dan keikhlasan dalam memberi.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

