08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

LATIHAN MENEMBAK PERKASA KECEKAPAN DAN KESIAGAAN ANGGOTA MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 11 JULAI – Seramai 25 pegawai Maritim Negeri Pahang, termasuk dari aset Kapal Maritim yang beroperasi di sekitar Kuantan, telah menyertai Latihan dan Ujian Menembak Senjata Api Kecil yang berlangsung di Lapang Sasar Tertutup, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), pada Rabu (9 Julai) lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, latihan ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan profesionalisme pegawai dalam mengendalikan senjata api kecil, selaras dengan keperluan operasi penguatkuasaan di laut yang berisiko tinggi.

“Latihan ini bukan sahaja menguji kecekapan teknikal, malah turut menekankan aspek disiplin, fokus, serta kesiapsiagaan mental dan fizikal pegawai dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan di perairan negara,” ujar beliau.

Antara senjata api kecil yang digunakan dalam sesi latihan adalah Glock 19, CZ 75 SP-01 SHADOW dan CZ P-07 yang memerlukan tahap kawalan dan kemahiran tinggi serta ketepatan taktikal.

Latihan ini juga memberi ruang kepada pegawai kanan untuk membimbing dan memantapkan kemahiran anggota bawahan, sejajar dengan prinsip Ilmu dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI, di mana elemen kecekapan diperkukuh menerusi latihan berterusan, manakala pemerkasaan sumber manusia menjadi teras ke arah penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan berkesan.

Menurut beliau, program seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan Maritim Malaysia terus melahirkan pegawai yang cekap, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran maritim semasa serta menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan negara.

 

MENEMBAK MNP
 
MENEMBAK MNP3
 
MENEMBAK MNP4
 
MENEMBAK MNP5

 

ZON MARITIM MERSING ANJUR HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM DI SK TELUK LIPAT, ENDAU

MERSING, 10 JULAI – Hampir 200 orang terdiri daripada murid dan warga sekolah menyertai Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) yang dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing di Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat, Endau, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, program ini merupakan salah satu usaha agensi untuk mendekatkan Maritim Malaysia dengan komuniti khususnya pelajar sekolah sambil memupuk kesedaran awal mengenai kepentingan keselamatan di laut.

“Kami percaya bahawa pendidikan keselamatan maritim perlu dimulakan sejak usia muda. Dengan pendedahan seperti ini, mereka bukan sahaja lebih peka terhadap risiko di laut, malah lebih memahami peranan penting yang dimainkan oleh Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Teluk Lipat, Encik Khairuddin bin Yaacob, turut merakamkan penghargaan kepada pihak Maritim Malaysia atas usaha yang dianggap sangat bermanfaat kepada murid-murid sekolah luar bandar.

“Program ini bukan sekadar memberi ilmu, malah memberi pengalaman secara langsung yang sukar didapati di bilik darjah. Murid-murid kami sangat teruja dan seronok,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, termasuk ceramah keselamatan laut, demonstrasi pemakaian jaket keselamatan, pameran aset Maritim Malaysia serta kuiz interaktif yang bertemakan keselamatan maritim.

Program ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai Zon Maritim Mersing serta lawatan ke ruang pameran aset dan peralatan operasi Maritim Malaysia.

MERSING HKKM
 
MERSING HKKM2
 
MERSING HKKM3
 
MERSING HKKM5

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KOREA COAST GUARD KE STESEN UDARA MARITIM SUBANG

SUBANG, 9 JULAI – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Perwakilan Korea Coast Guard (KCG), Senior Superintendent Kim Jung Su bersama delegasi seramai 60 orang pegawai dan pegawai kadet KCG, baru-baru ini.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan bersama pegawai-pegawai kanan SUMS.

Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa ke auditorium SUMS untuk sesi taklimat meliputi aspek keselamatan, pengoperasian bahagian operasi udara, fungsi dan struktur skuadron serta penerangan mengenai aset udara milik Maritim Malaysia.

Lawatan turut disusuli dengan sesi tinjauan ke hangar SUMS bagi melihat lebih dekat pesawat udara yang digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan mencari serta menyelamat (CARILAMAT).

Delegasi turut diberi penerangan mengenai peranan perenang penyelamat (rescue swimmer) termasuk fungsi, tugas dan tanggungjawab yang digalas semasa bertugas di lapangan.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam merancakkan agenda Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau, memacu kecemerlangan perkhidmatan dan memperluas perkongsian ilmu serta kepakaran dalam bidang keselamatan maritim.

 

KCG SUMS9
 
KCG SUMS8
 
KCG SUMS7
 
KCG SUMS10

LAWATAN KEBAJIKAN BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH MARITIM KEPADA ANGGOTA YANG SEDANG DIRAWAT

PUTRAJAYA, 10 JULAI – Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral berterusan terhadap warga agensi, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melaksanakan satu lawatan kebajikan ke atas anggotanya, Bintara Kanan Maritim Sanusi bin Saidun, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat sakit pada kedua-dua belah kaki.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah, yang turut menyampaikan doa dan harapan agar anggota tersebut segera diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Inisiatif sebegini mencerminkan nilai kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang sentiasa diterapkan dalam budaya kerja Maritim Malaysia. Komitmen terhadap kebajikan anggota bukan sahaja memperkukuh ikatan dalam organisasi, malah memperlihatkan amalan Malaysia MADANI yang berteraskan ihsan dan kepedulian.

 

LAWAT KEBAJIKAN2
 
LAWAT KEBAJIKAN3
 
LAWAT KEBAJIKAN4

KUNJUNGAN HORMAT KETUA AUDIT DALAM KDN KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 9 JULAI – Ketua Audit Dalam, Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBrs. Tuan Azunan bin Daud telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah di pejabatnya di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya hari ini.

Kunjungan ini merupakan langkah memperkukuh hubungan profesional dan strategik antara Bahagian Audit Dalam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam memastikan tadbir urus yang telus, akauntabiliti dan pengurusan risiko yang cekap selaras dengan prinsip Kerajaan MADANI.

Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai aspek pemantauan dalaman, pematuhan prosedur dan penambahbaikan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya dalam konteks penguatkuasaan keselamatan maritim negara.

Maritim Malaysia komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Bahagian Audit Dalam demi memperkukuh integriti, kecekapan dan keberkesanan dalam tadbir urus organisasi.

 

KH AUDIT DALAM2
 
KH AUDIT DALAM3
 
KH AUDIT DALAM4
 
KH AUDIT DALAM6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC