22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

LATIHAN MENEMBAK PERKASA KECEKAPAN DAN KESIAGAAN ANGGOTA MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 11 JULAI – Seramai 25 pegawai Maritim Negeri Pahang, termasuk dari aset Kapal Maritim yang beroperasi di sekitar Kuantan, telah menyertai Latihan dan Ujian Menembak Senjata Api Kecil yang berlangsung di Lapang Sasar Tertutup, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), pada Rabu (9 Julai) lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, latihan ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan dan profesionalisme pegawai dalam mengendalikan senjata api kecil, selaras dengan keperluan operasi penguatkuasaan di laut yang berisiko tinggi.

“Latihan ini bukan sahaja menguji kecekapan teknikal, malah turut menekankan aspek disiplin, fokus, serta kesiapsiagaan mental dan fizikal pegawai dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan di perairan negara,” ujar beliau.

Antara senjata api kecil yang digunakan dalam sesi latihan adalah Glock 19, CZ 75 SP-01 SHADOW dan CZ P-07 yang memerlukan tahap kawalan dan kemahiran tinggi serta ketepatan taktikal.

Latihan ini juga memberi ruang kepada pegawai kanan untuk membimbing dan memantapkan kemahiran anggota bawahan, sejajar dengan prinsip Ilmu dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI, di mana elemen kecekapan diperkukuh menerusi latihan berterusan, manakala pemerkasaan sumber manusia menjadi teras ke arah penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan berkesan.

Menurut beliau, program seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan Maritim Malaysia terus melahirkan pegawai yang cekap, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran maritim semasa serta menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan negara.

 

MENEMBAK MNP
 
MENEMBAK MNP3
 
MENEMBAK MNP4
 
MENEMBAK MNP5

 

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC