SANDAKAN, 8 JULAI – Cawangan Protokol dan Kerohanian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan lawatan kebajikan, menyantuni isteri kepada PW II Maritim Aryzan bin Kassim anggota dari Zon Maritim Sandakan, di sini hari ini.
Lawatan yang berlangsung di kediaman keluarga berkenaan di Taman Sejati Ujana, Sandakan itu bertujuan menzahirkan sokongan moral dan simpati warga Maritim Malaysia terhadap ahli keluarga anggota yang sedang berdepan dugaan kesihatan ahli keluarga.
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia Encik Mohd Nasir bin Mohamad Mazlan berkata, lawatan ini diadakan selari dengan semangat kekeluargaan Agensi ini selain turut memperkukuhkan nilai kebersamaan yang diterapkan dalam budaya kerja Maritim Malaysia.
Turut hadir sama pada lawatan berkenaan Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan Maritim Malaysia, Dato' Barkhiya bin Shahiruddin, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Razali bin Kasim, Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari dan Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) TEBRAU, Leftenan Komander Maritim Jeblin Anak Petar.
Terdahulu, isteri kepada Aryzan, Hanimah binti Barham, disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik Tahap 5 sejak tahun 2019, dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.
Keadaan kesihatannya semakin membimbangkan apabila beliau baru-baru ini dimasukkan ke Wad Wanita, Hospital Duchess of Kent, Sandakan selama lima hari bermula 27 Jun 2025 akibat kekurangan sel darah merah dan disyaki menghidap demam denggi.
Lebih menyayat hati, pasangan ini turut membesarkan seorang anak lelaki istimewa yang sedang mengikuti pembelajaran di tahun enam di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk autisme di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 3. Anak istimewa ini turut mengalami masalah pendengaran sejak lahir, menjadikan cabaran kehidupan keluarga ini bertambah berat.
Menerusi program lawatan ini, pegawai dan anggota dari Cawangan Protokol dan Kerohanian menyampaikan sumbangan keperluan asas serta memberi kata-kata semangat kepada keluarga berkenaan, sambil menzahirkan bahawa kebajikan warga Maritim Malaysia dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan.
Maritim Malaysia turut menyeru agar lebih ramai pihak tampil memberi sokongan moral dan bantuan kepada keluarga anggota yang memerlukan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui PW II Maritim Aryzan bin Kassim dengan menghubungi beliau di talian 014-3145890.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

