08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

HARI BERSAMA MEDIA 2025 | ERAT HUBUNGAN STRATEGIK, DALAMI TUGAS APMM

KUANTAN, 7 OGOS – Program Hari Bersama Media (HBM) anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menghimpunkan lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam program dua hari yang berlangsung dari 3 hingga 4 Ogos 2025 di Lapang Sasar Tertutup Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Pahang.

Program tahunan ini dianjurkan bertujuan menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat mengenai operasi dan tanggungjawab agensi kepada masyarakat selain mengeratkan hubungan strategik antara pihak media dan Maritim Malaysia.

Antara pengisian utama program kali ini termasuk pertandingan menembak menggunakan pistol Glock 19, pertandingan berkayak di Pusat Selam AMSAS serta peluang menaiki KM LANGKAWI dan menyaksikan demonstrasi tembakan senjata GPMG dan M16 oleh anggota Maritim Malaysia.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah berkata program HBM memberi pendedahan secara langsung kepada rakan media tentang peranan Maritim Malaysia, sekali gus meningkatkan pemahaman terhadap cabaran yang dihadapi warga hadapan agensi itu.

“Media merupakan rakan strategik yang telah bersama kami sejak awal penubuhan agensi ini. Kami amat menghargai sokongan berterusan media dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat. Tahun ini, selain aktiviti menembak, kami beri kelainan dengan membawa rakan media menaiki KM LANGKAWI untuk lebih memahami operasi kami di laut,” katanya dalam ucapan perasmian program tersebut.

Antara yang hadir dalam HBM ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, barisan pengurusan tertinggi yang lain dan para jemputan serta wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Puan Salawati binti Yahaya berkata program seumpama ini memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dua hala yang lebih berkesan antara agensi dan media.

“Program HBM adalah wadah kami menghargai kerjasama erat media yang telah banyak membantu menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan maritim negara. Ia juga memperlihatkan keterbukaan dan komitmen Maritim Malaysia terhadap komunikasi strategik yang efektif,” ujarnya.

Untuk rekod, KM LANGKAWI ialah kapal ronda luar pesisir (OPV) sepanjang 75 meter yang dibina di Korea Selatan. Ia direka bagi melaksanakan operasi rondaan dan pengawasan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan berupaya beroperasi di laut sehingga dua minggu termasuk dalam cuaca buruk.

Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama berterusan antara Maritim Malaysia dan institusi media dalam mendukung aspirasi keselamatan perairan negara.

HARI MEDIA 2025 2
 
HARI MEDIA 2025 3
 
HARI MEDIA 2025 4
 
HARI MEDIA 2025 5

KADET PALAPES UDARA UNIMAS DALAMI TUGAS DAN PERANAN ANGGOTA PENGUAT KUASA MARITIM

KUCHING, 5 OGOS – Seramai 70 Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS) sebagai sebahagian daripada pengisian Latihan Berterusan Siri 2.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para kadet yang terlibat mengenai peranan dan tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di Zon Maritim Malaysia.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh pegawai dari Unit Komunikasi Korporat serta wakil Pusat Penyelamat Maritim (MRSC), mengenai struktur organisasi, pengoperasian dan cabaran semasa yang dihadapi Maritim Malaysia.

Selesai sesi taklimat, delegasi dan wakil Maritim Negeri Sarawak merakamkan gambar kenang-kenangan bersama, sebelum mereka dibawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) bagi melihat pameran senjata serta lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM MARLIN.

Dalam sesi lawatan itu, mereka diberi peluang melihat sendiri cara pengendalian aset oleh para anggota Maritim Malaysia dan mempelajari serba sedikit megenai ilmu kelautan, navigasi dan tugas penguatkuasaan maritim.

Sebagai penutup sesi lawatan ini, satu perlawanan persahabatan bola tampar dan bola sepak telah diadakan di antara pasukan PALAPES Udara UNIMAS dan warga Maritim Negeri Sarawak yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kesukanan.

Program sebegini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan strategik di antara agensi penguat kuasa dan Universiti Awam, malah secara tidak langsung dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri mahasiswa yang terlibat.

 

PELAPES TUDM2
 
PELAPES TUDM3
 
PELAPES TUDM4
 
PELAPES TUDM5

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SABAH 2025

KOTA KINABALU, 5 OGOS – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat Sabah bagi tahun 2025 telah bermula secara rasmi pada 1 Ogos 2025 lalu dengan penyertaan 20 agensi kerajaan dan swasta dengan kekuatan 60 orang peserta menyelusuri 75 checkpoint jarak perjalanan lebih 2500km seluruh Sabah.

Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Maritim Negeri Sabah, Puan Siti Norhaini binti Osli, mengetuai konvoi mewakili Maritim Negeri bersama beberapa anggota Maritim Negeri Sabah dengan semangat jiwa merdeka dan kasih pertiwi.

Lokasi persinggahan pertama konvoi hari ini adalah Pekan Donggongon, Penampang, yang turut menyaksikan pelaksanaan pelbagai aktiviti bersama komuniti, agihan bendera 1R1JG dan perasmian mural HKHS oleh YBhg Datuk Jannie Lasimbang, ADUN N.25 Kepayan merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD).

Konvoi diteruskan ke SK Moyog menyantuni anak-anak pelajar sekolah dalam menanam semangat cinta dan taat negara berpandukan prinsip Rukun Negara, menyemarakkan perpaduan dan mengelorakan semangat cinta negara dengan semangat Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada di IPD Penampang.

Lokasi teralhir konvoi hari ini bersama YB Datuk Ewon Benedick, Menteri KUSKOP merangkap ahli parlimen P174 Penampang menyantuni komuniti Kg Penampang Kondis. Serahan bendera Jalur Gemilang, agihan bakul makanan dan jualan peniaga antara pengisian majlis.

 

JELAJAH MERDEKA2
 
JELAJAH MERDEKA3
 
JELAJAH MERDEKA4

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI ReCAAP ISC KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 5 OGOS – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eksekutif The Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia Information Sharing Centre (ReCAAP ISC), Mr Vijay D Chafekar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam aspek keselamatan maritim serantau, selain menjadi platform bertukar pandangan berkaitan cabaran keselamatan perairan Asia Tenggara.

Delegasi ReCAAP ISC turut disambut oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah; Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man dari Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA); serta Kepten Maritim Mohd Aizad bin Zainudin dari Unit Integriti (UI).

Sebagai makluman, ReCAAP ISC yang beribu pejabat di Singapura telah ditubuhkan pada November 2006 dan berperanan sebagai pusat perkongsian maklumat serta kerjasama rentas negara dalam mengekang ancaman lanun dan rompakan bersenjata terhadap kapal di Asia.

Malaysia merupakan antara negara yang menyokong inisiatif ini melalui pemeteraian perjanjian bersama 21 buah negara anggota lain dari Asia, Eropah (termasuk Norway, Belanda, Denmark, United Kingdom dan Jerman), Australia dan Amerika Syarikat.

Kerjasama erat seperti ini penting dalam memperkukuh rangkaian keselamatan maritim serantau, selaras dengan komitmen Maritim Malaysia untuk terus menjadi barisan hadapan dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

RECAAP ISC2
 
RECAAP ISC3
 
RECAAP ISC5
 
RECAAP ISC7

KARNIVAL KITA MADANI x PROGRAM MADANI RAKYAT DAN HARI KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 3 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan telah menyertai Karnival KITA MADANI x Program MADANI Rakyat (PMR) serta Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan baru-baru ini.

Penglibatan agensi dalam program seperti ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama serta kefahaman rakyat terhadap peranan penting yang dimainkan oleh agensi dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan ketenteraman perairan negara terus terpelihara.

Maritim Negeri Kelantan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab khususnya dalam konteks operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penguatkuasaan undang-undang maritim.

Sepanjang tempoh karnival, para pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat replika aset dan kelengkapan operasi yang digunakan oleh Maritim Malaysia.

Antara tarikan utama pameran termasuklah paparan infografik informatif, peralatan keselamatan, senjata serta pameran replika aset laut yang digunakan dalam pelaksanaan tugasan harian sebagai memberi gambaran menyeluruh terhadap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan penyelamatan di laut.

Secara keseluruhannya, penyertaan Maritim Negeri Kelantan dalam program ini bukan sahaja memperkukuh jalinan erat antara pasukan keselamatan dan rakyat, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme serta kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Maritim Malaysia komited untuk terus mendukung aspirasi negara dalam memastikan maritim negara sentiasa aman, selamat dan berdaulat demi generasi kini dan akan datang.

 

MERDEKA KELANTAN3
 
MERDEKA KELANTAN2
 
MERDEKA KELANTAN4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC