KUALA LUMPUR, 9 JULAI – Maritim Malaysia terus komited memperkukuh kerjasama antara agensi penguat kuasa menerusi penyertaan dalam program INTAN Minister’s Conversation 2025 yang berlangsung di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, dengan mengetengahkan tema 'Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama'.
Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik hadir mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), sekali gus menunjukkan sokongan padu agensi terhadap usaha memperkukuh keselamatan negara melalui pendekatan inklusif dan berdaya tahan.
Maritim Malaysia turut terlibat dalam segmen reruai pameran khas, yang menampilkan peranan strategik agensi dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
Pameran ini mempamerkan aset operasi, keupayaan teknologi maritim serta fungsi penguatkuasaan undang-undang laut yang menjadi tunjang kepada kedaulatan perairan negara.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri Dalam Negeri menegaskan kepentingan keterlibatan menyeluruh warga perkhidmatan awam dalam mendukung Agenda Reformasi KDN di bawah kerangka Kerajaan MADANI, yang berpaksikan prinsip tadbir urus berintegriti, keselamatan menyeluruh serta penyampaian perkhidmatan yang mesra rakyat.
Beliau turut mengumumkan pendekatan baharu transformasi digital menerusi inisiatif “AI for KDN, KDN for AI”, yang menyaksikan pelaksanaan pelbagai sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi mempertingkat kecekapan perkhidmatan dan tahap keselamatan negara.
Antara inisiatif tersebut termasuk sistem pengecaman wajah di pintu masuk negara, MyBorderPass dan Autogate yang mempercepatkan pemeriksaan imigresen kepada hanya tiga hingga empat saat, Sistem eROSES bagi pendaftaran pertubuhan, serta integrasi data masa nyata antara jabatan dan agensi di bawah KDN.
Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi keselamatan dalam negeri, malah menyumbang kepada pembangunan teknologi AI di peringkat nasional.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam program ini bukan sahaja mengukuhkan peranan dan fungsinya, malah mencerminkan kesediaan agensi untuk beradaptasi dengan teknologi baharu demi menjamin keselamatan perairan negara secara holistik.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

