MERSING, 10 JULAI – Hampir 200 orang terdiri daripada murid dan warga sekolah menyertai Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) yang dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing di Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat, Endau, semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, program ini merupakan salah satu usaha agensi untuk mendekatkan Maritim Malaysia dengan komuniti khususnya pelajar sekolah sambil memupuk kesedaran awal mengenai kepentingan keselamatan di laut.
“Kami percaya bahawa pendidikan keselamatan maritim perlu dimulakan sejak usia muda. Dengan pendedahan seperti ini, mereka bukan sahaja lebih peka terhadap risiko di laut, malah lebih memahami peranan penting yang dimainkan oleh Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara,” katanya.
Sementara itu, Guru Besar SK Teluk Lipat, Encik Khairuddin bin Yaacob, turut merakamkan penghargaan kepada pihak Maritim Malaysia atas usaha yang dianggap sangat bermanfaat kepada murid-murid sekolah luar bandar.
“Program ini bukan sekadar memberi ilmu, malah memberi pengalaman secara langsung yang sukar didapati di bilik darjah. Murid-murid kami sangat teruja dan seronok,” ujarnya.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, termasuk ceramah keselamatan laut, demonstrasi pemakaian jaket keselamatan, pameran aset Maritim Malaysia serta kuiz interaktif yang bertemakan keselamatan maritim.
Program ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai Zon Maritim Mersing serta lawatan ke ruang pameran aset dan peralatan operasi Maritim Malaysia.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

