SUBANG, 9 JULAI – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Perwakilan Korea Coast Guard (KCG), Senior Superintendent Kim Jung Su bersama delegasi seramai 60 orang pegawai dan pegawai kadet KCG, baru-baru ini.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan bersama pegawai-pegawai kanan SUMS.
Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa ke auditorium SUMS untuk sesi taklimat meliputi aspek keselamatan, pengoperasian bahagian operasi udara, fungsi dan struktur skuadron serta penerangan mengenai aset udara milik Maritim Malaysia.
Lawatan turut disusuli dengan sesi tinjauan ke hangar SUMS bagi melihat lebih dekat pesawat udara yang digunakan dalam operasi penguatkuasaan dan mencari serta menyelamat (CARILAMAT).
Delegasi turut diberi penerangan mengenai peranan perenang penyelamat (rescue swimmer) termasuk fungsi, tugas dan tanggungjawab yang digalas semasa bertugas di lapangan.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam merancakkan agenda Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau, memacu kecemerlangan perkhidmatan dan memperluas perkongsian ilmu serta kepakaran dalam bidang keselamatan maritim.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

