22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

KUNJUNGAN HORMAT KETUA AUDIT DALAM KDN KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 9 JULAI – Ketua Audit Dalam, Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBrs. Tuan Azunan bin Daud telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah di pejabatnya di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya hari ini.

Kunjungan ini merupakan langkah memperkukuh hubungan profesional dan strategik antara Bahagian Audit Dalam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam memastikan tadbir urus yang telus, akauntabiliti dan pengurusan risiko yang cekap selaras dengan prinsip Kerajaan MADANI.

Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai aspek pemantauan dalaman, pematuhan prosedur dan penambahbaikan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya dalam konteks penguatkuasaan keselamatan maritim negara.

Maritim Malaysia komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Bahagian Audit Dalam demi memperkukuh integriti, kecekapan dan keberkesanan dalam tadbir urus organisasi.

 

KH AUDIT DALAM2
 
KH AUDIT DALAM3
 
KH AUDIT DALAM4
 
KH AUDIT DALAM6

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KOMITMEN KESELAMATAN MADANI DI INTAN MINISTER’D CONVERSATION 2025

KUALA LUMPUR, 9 JULAI – Maritim Malaysia terus komited memperkukuh kerjasama antara agensi penguat kuasa menerusi penyertaan dalam program INTAN Minister’s Conversation 2025 yang berlangsung di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, dengan mengetengahkan tema 'Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama'.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik hadir mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), sekali gus menunjukkan sokongan padu agensi terhadap usaha memperkukuh keselamatan negara melalui pendekatan inklusif dan berdaya tahan.

Maritim Malaysia turut terlibat dalam segmen reruai pameran khas, yang menampilkan peranan strategik agensi dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Pameran ini mempamerkan aset operasi, keupayaan teknologi maritim serta fungsi penguatkuasaan undang-undang laut yang menjadi tunjang kepada kedaulatan perairan negara.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri Dalam Negeri menegaskan kepentingan keterlibatan menyeluruh warga perkhidmatan awam dalam mendukung Agenda Reformasi KDN di bawah kerangka Kerajaan MADANI, yang berpaksikan prinsip tadbir urus berintegriti, keselamatan menyeluruh serta penyampaian perkhidmatan yang mesra rakyat.

Beliau turut mengumumkan pendekatan baharu transformasi digital menerusi inisiatif “AI for KDN, KDN for AI”, yang menyaksikan pelaksanaan pelbagai sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi mempertingkat kecekapan perkhidmatan dan tahap keselamatan negara.

Antara inisiatif tersebut termasuk sistem pengecaman wajah di pintu masuk negara, MyBorderPass dan Autogate yang mempercepatkan pemeriksaan imigresen kepada hanya tiga hingga empat saat, Sistem eROSES bagi pendaftaran pertubuhan, serta integrasi data masa nyata antara jabatan dan agensi di bawah KDN.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi keselamatan dalam negeri, malah menyumbang kepada pembangunan teknologi AI di peringkat nasional.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam program ini bukan sahaja mengukuhkan peranan dan fungsinya, malah mencerminkan kesediaan agensi untuk beradaptasi dengan teknologi baharu demi menjamin keselamatan perairan negara secara holistik.

KDN TOK DIN5
 
KDN TOK DIN6
 
KDN TOK DIN7
 
 KDN TOK DIN8

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN KOREA COAST GUARD ACADEMY KE ATAS PENGARAH AMSAS

PUTRAJAYA, 8 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat daripada Presiden Korea Coast Guard Academy (KCGA), Superintendent General Han Sang-chul, ke atas Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan rasmi delegasi Korea Coast Guard ke Malaysia sempena keberadaan kapal latihan KCG, Badaro yang kini berlabuh di Pelabuhan Klang dari 7 hingga 10 Julai 2025.

Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pendekatan latihan, pembangunan modal insan maritim, dan potensi kerjasama teknikal serta akademik antara Malaysia dan Korea Selatan.

Perbincangan turut menyentuh peluang memperluas kerjasama institusi latihan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam bidang pertukaran pegawai kadet, latihan bersama, dan pembangunan kurikulum keselamatan laut yang bersesuaian dengan cabaran maritim semasa serantau.

Maritim Malaysia melalui AMSAS amat mengalu-alukan hubungan dua hala yang strategik ini dalam usaha memperkasa latihan berteraskan profesionalisme, integriti dan daya tahan – selaras dengan komitmen ke arah keselamatan perairan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Hubungan baik di antara institusi latihan maritim ini diharapkan akan membuka lebih banyak ruang kerjasama pintar demi kemajuan bersama dalam mendepani cabaran keselamatan maritim di masa hadapan.

 

KCGA AMSAS3
 
KCGA AMSAS5
 
KCGA AMSAS6
 
KCGA AMSAS8

MARITIM MALAYSIA ZON SANDAKAN SANTUNI KELUARGA ANGGOTA ALAMI UJIAN KESIHATAN

SANDAKAN, 8 JULAI – Cawangan Protokol dan Kerohanian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan lawatan kebajikan, menyantuni isteri kepada PW II Maritim Aryzan bin Kassim anggota dari Zon Maritim Sandakan, di sini hari ini.

Lawatan yang berlangsung di kediaman keluarga berkenaan di Taman Sejati Ujana, Sandakan itu bertujuan menzahirkan sokongan moral dan simpati warga Maritim Malaysia terhadap ahli keluarga anggota yang sedang berdepan dugaan kesihatan ahli keluarga.

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia Encik Mohd Nasir bin Mohamad Mazlan berkata, lawatan ini diadakan selari dengan semangat kekeluargaan Agensi ini selain turut memperkukuhkan nilai kebersamaan yang diterapkan dalam budaya kerja Maritim Malaysia.

Turut hadir sama pada lawatan berkenaan Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan Maritim Malaysia, Dato' Barkhiya bin Shahiruddin, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Razali bin Kasim, Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari dan Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) TEBRAU, Leftenan Komander Maritim Jeblin Anak Petar.

Terdahulu, isteri kepada Aryzan, Hanimah binti Barham, disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik Tahap 5 sejak tahun 2019, dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

Keadaan kesihatannya semakin membimbangkan apabila beliau baru-baru ini dimasukkan ke Wad Wanita, Hospital Duchess of Kent, Sandakan selama lima hari bermula 27 Jun 2025 akibat kekurangan sel darah merah dan disyaki menghidap demam denggi.

Lebih menyayat hati, pasangan ini turut membesarkan seorang anak lelaki istimewa yang sedang mengikuti pembelajaran di tahun enam di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk autisme di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 3. Anak istimewa ini turut mengalami masalah pendengaran sejak lahir, menjadikan cabaran kehidupan keluarga ini bertambah berat.

Menerusi program lawatan ini, pegawai dan anggota dari Cawangan Protokol dan Kerohanian menyampaikan sumbangan keperluan asas serta memberi kata-kata semangat kepada keluarga berkenaan, sambil menzahirkan bahawa kebajikan warga Maritim Malaysia dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan.

Maritim Malaysia turut menyeru agar lebih ramai pihak tampil memberi sokongan moral dan bantuan kepada keluarga anggota yang memerlukan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui PW II Maritim Aryzan bin Kassim dengan menghubungi beliau di talian 014-3145890.

LAWATAN KEBAJIKAN
 
LAWATAN KEBAJIKAN3
 
LAWATAN KEBAJIKAN4

PASKAM UNIMAP PERKASA ILMU KESELAMATAN MARITIM

ALOR SETAR, 7 JULAI – Sebagai inisiatif memperkukuh nilai tanggungjawab, kecekapan dan kepedulian sejajar dengan aspirasi MADANI, Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan latihan kemahiran asas berapung dan penyelamatan di air bertempat di Pusat Akuatik Negeri Kedah bersempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025, baru-baru ini.

Latihan yang membawa tema ‘Berapung Untuk Hidup’ ini melibatkan 40 Kadet Kanan PASKAM dan 60 Kadet PASKAM, telah didedahkan kepada kemahiran asas menyelamat diri ketika kecemasan di laut.

Antara elemen latihan merangkumi teknik berapung, pengendalian diri ketika panik, serta teknik penyelamatan ketika lemas di laut seperti Reaching Rescue dan Throwing Rescue.

Pendekatan latihan ini bukan sekadar memberi pendedahan teknikal semata-mata, malah menyemai nilai MADANI dalam kalangan generasi muda menjadikan mereka lebih berdaya tahan, prihatin terhadap keselamatan diri dan orang lain serta bersedia berbakti kepada masyarakat apabila diperlukan.

Penganjuran ini membuktikan kewujudan PASKAM bukan hanya menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan disiplin pelajar, malah menjadi medium pendidikan holistik yang selaras dengan prinsip Malaysia MADANI, iaitu membentuk warganegara bertanggungjawab, berilmu, dan berintegriti tinggi.

 

PASKAM UNIMAP2
 
PASKAM UNIMAP5
 
PASKAM UNIMAP4
 
PASKAM UNIMAP3

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC