08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

MARITIM MALAYSIA SERTAI LUMUT NAVY CITY PARADE SEMPENA HUT TLDM KE-92 DAN PAMERAN KERJAYA HARI TERBUKA ARMADA

LUMUT, 4 MEI – Maritim Negeri Perak, telah menyertai Lumut Navy City Parade (Perarakan Bandar Tentera Laut Lumut) sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92 yang berlangsung meriah pada 1 Mei baru-baru ini bertempat di Dataran Lumut.

Perarakan tersebut telah dirasmikan oleh Raja Muda Perak, DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa, dengan penyertaan kontinjen perarakan Maritim Negeri Perak bersama pelbagai agensi keselamatan lain serta aset-aset maritim negara, sekali gus mencerminkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi serta kekuatan pertahanan maritim Malaysia.

Turut berlangsung Lintas Hormat Aset Kapal dan Bot berhampiran Dataran Lumut yang menjadi tumpuan para pengunjung. Maritim Malaysia turut menampilkan kapal KM Gagah serta Bot Penggalang 13 yang sering digerakkan dalam operasi memintas, sekali gus menyerlahkan keupayaan operasi serta tahap kesiapsiagaan tinggi Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan di laut.

Penyertaan Maritim Malaysia ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama erat bersama TLDM, khususnya dalam aspek keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Selain itu, Maritim Negeri Perak turut membuka reruai Pameran Kerjaya sempena Hari Terbuka Armada TLDM (HTA) yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mei hingga 3 Mei. Pameran ini memberi peluang kepada orang awam untuk mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi serta peluang kerjaya yang ditawarkan oleh APMM.

Dalam majlis tersebut, wakil Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik selaku Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, telah menerima cenderahati penyertaan daripada Panglima Armada Barat TLDM, Laksamana Madya Dato’ Baharudin Bin Wan Md Nor sebagai tanda penghargaan atas penglibatan APMM dalam menjayakan sambutan tersebut.

Sebagai simbol penghargaan dan semangat kerjasama dua hala, pihak Maritim Negeri Perak turut menyampaikan cenderahati kepada pihak TLDM sebagai tanda terima kasih atas jemputan khas kepada APMM untuk menyertai perarakan HUT TLDM ke-92 serta Hari Terbuka Armada TLDM.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Bin Khotob dalam ucapannya berkata, penyertaan APMM dalam program seumpama ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara agensi, malah menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan APMM dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak TLDM atas jemputan serta kerjasama erat yang terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

HARI ARMADA7
 
HARI ARMADA3
 
HARI ARMADA4
 
HARI ARMADA

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC