22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

JIWA MERDEKA GEGARKAN IOI CITY MALL UNTUK EDISI KEDUA

PUTRAJAYA, 17 OGOS – Program Jiwa Merdeka anjuran Agensi PenguatkuasaanMaritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekali lagi mencuri perhatian apabilamenggamatkan suasana di IOI City Mall, Putrajaya bagi edisi kedua tahun ini,susulan kejayaan edisi sulung yang telah menarik lebih 5,000 pengunjung.

Penganjuran bersama IOI City Mall kali ini tampil lebih meriah dan berskala besardengan penyertaan rakan strategik seperti Moxy Hotel, HIS Network Global, DucatiOfficial Club Malaysia (DOCM) serta beberapa lagi rakan kolaborasi.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia,Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, penganjuran kali ini membawa kelainan dengan mengangkat konsep karnival dan pameran, menggabungkan elemen budaya, pendidikan, keselamatan, dan patriotisme.

“Program ini bukan sahaja mempromosikan imej profesionalisme Maritim Malaysia,malah mengeratkan hubungan dengan komuniti bandar serta menarik minat beliaterhadap kerjaya maritim,"

“Bukan itu sahaja, program ini menjadi medium untuk memupuk semangat patriotikdan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan ke-68,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Program Jiwa Merdeka @ IOICity Mall di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Puan Salawati binti Yahaya, Pengurus Moxy Hotel, Encik Marshal Chai, Ketua Pegawai Eksekutif HIS Networks Global, Puan Ruth Lau dan Presiden Ducati Official Club Malaysia (DOCM), Dato Seri Nazir Husin Akhtar Husin.

Program ini bermula seawal 6.30 pagi dengan acara Patriotik Fun Run, diikuti aktiviti Zumba dan Fitness Challenge. Acara Patriotik Fun Run yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), berjaya menarik penyertaan hampir 300 peserta yang terdiri daripada warga Maritim Malaysia dan komuniti sekitar Putrajaya.

Buat julung kalinya, KESMAR menganjurkan larian bersama komuniti awam, yang bukan sahaja menyatukan warga maritim dengan masyarakat bandar dalam semangat kesukanan, malah menjadi platform yang berkesan untuk mengukuhkan

kerjasama dan jalinan hubungan antara Maritim Malaysia dan masyarakat.

Pelbagai pengisian menarik turut disajikan kepada para pengunjung seperti Pameran Korporat, Pameran Aset Statik bot Kelas BENTENG 2, Pameran Buku Patriotik, Cultural Craft Workshop, persembahan pancaragam serta tarian budaya.

Pengunjung juga teruja menyaksikan demonstrasi aset udara Helikopter AS365N3 Dauphin milik Maritim Malaysia serta penampilan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) lengkap berpakaian Full Gear.

Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi turut menyatakan harapan, agar program ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan oleh Maritim Malaysia dengan rakan strategik, IOI City Mall.

Beliau juga mengalu-alukan penglibatan lebih banyak sektor korporat pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

Acara kemuncak menyaksikan sesi flag-off Kempen Kibar Jalur Gemilang melibatkan DOCM yang diketuai oleh Presidennya, Dato’ Seri Nazir Hussin bin Akhtar Hussin, bersama 30 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi. Inisiatif ini menjadi simbol perpaduan dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

 

JIWA MERDEKA 20255
 
JIWA MERDEKA 20257
 
JIWA MERDEKA 20259
 
JIWA MERDEKA 202510

 

RANCAKKAN MADANI | UPACARA KEEL LAYING TANDA BERMULANYA PEMBINAAN KAPAL TERBESAR MARITIM MALAYSIA

ISTANBUL, 15 OGOS – Upacara Keel Laying di limbungan DESAN Kaptanoğlu Shipyard, Turkiye, semalam menandakan bermulanya pembinaan Multi-Purpose Mission Ship (MPMS), sebuah kapal yang terbesar dalam sejarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Majlis berkenaan telah disempurnakan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin, bersama Pengarah Projek MPMS, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man.

Laksamana Pertama Maritim Mohd Rizal memaklumkan, upacara ini merupakan tradisi dalam industri pembinaan kapal yang menandakan bermulanya aktiviti penyambungan blok-blok utama kapal di limbungan selepas majlis steel cutting yang telah diadakan pada 9 Julai lalu.

“Fasa awal ini Keel Laying melibatkan pemasangan blok 107, 108, 207 dan 208 yang membentuk bahagian tengah kapal.”

“Tradisi Keel Laying ini tanda bermulanya proses penyambungan blok utama dan membawa simbolik tersendiri kepada pembinaan sebuah aset strategik negara,” jelas beliau.

Dengan ukuran 99 meter panjang dan 17 meter lebar, MPMS direka untuk beroperasi di laut dalam sehingga 28 hari tanpa ulang bekal, bakal melaksanakan pengawasan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), serta memantau kawasan yang tidak dapat dicapai oleh kapal-kapal kecil.

Kapal ini bakal dilengkapi pelbagai teknologi pertahanan canggih termasuk kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), meriam 30mm, radar X dan S band, tapak pendaratan helikopter, sebuah Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB), serta empat bot Fast Interceptor Craft.

“MPMS mampu bergerak pada kelajuan 20 knot dan menempatkan 70 anak kapal bersama 20 penumpang, selain memiliki kemudahan bilik rawatan dan bilik tahanan,” tambah beliau.

Projek ini turut mendapat kerjasama syarikat industri pertahanan gergasi Turkiye seperti ASELSAN dan HAVELSAN yang bertanggungjawab terhadap integrasi sistem persenjataan, elektronik dan komunikasi canggih.

Sementara itu Pengerusi Lembaga DESAN Kaptanoğlu Shipyard, Cenk İsmail Kaptanoğlu berkata, pencapaian ke tahap Keel Laying dalam tempoh singkat selepas kontrak dimeterai pada 20 Mei 2025 adalah bukti kecekapan dan komitmen semua pihak.

“Blok keluli yang dipasang hari ini bukan sahaja menjadi tulang belakang MPMS, malah menjadi simbol hubungan strategik dan kesungguhan Turkiye–Malaysia memperkukuh keselamatan maritim. Seperti projek-projek kami sebelum ini, kami yakin MPMS ini dapat diserahkan lebih awal daripada jadual pada Mac 2027,” katanya.

Apabila siap kelak, MPMS akan menjadi antara aset utama Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara, membanteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan aktiviti perikanan haram di laut lepas.

KEEL LAYING MPMS2
 
KEEL LAYING MPMS3
 
KEEL LAYING MPMS4
 
KEEL LAYING MPMS5

KERJASAMA UPM SARAWAK DAN ZON MARITIM BINTULU BUKA LEMBARAN BAHARU

BINTULU, 12 OGOS – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu bakal melaksanakan program kerjasama berfokuskan komuniti pesisir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Program yang dinamakan Sahabat Maritim Bebas Dadah itu akan memberi tumpuan kepada golongan nelayan dan komuniti pesisir pantai sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta pencegahan penyalahgunaan dadah di kawasan terbabit.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah, berkata kerjasama ini terhasil selepas pertemuan rasmi pertama antara pihaknya dan UPMS yang diwakili Ketua Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Dr. Yasmin Yaccob.

“Maritim Malaysia akan memainkan peranan memberi penerangan berhubung keselamatan maritim manakala UPMS akan menggerakkan program berbentuk pendidikan, kesedaran dan pemerkasaan komuniti,” jelas Muhammad Suffian.

Dr. Yasmin pula berkata pihaknya berharap program ini dapat dijadikan acara tahunan agar manfaatnya dapat dirasai secara berterusan oleh komuniti pesisir.

Pertemuan tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Nicholas Jugah Anak Sanji, Timbalan Pengarah Pengurusan Zon Maritim Bintulu, Timothy Alexander, Timbalan Pengarah Institut Ekosains Borneo UPMS, Dr. Wan Nor Zanariah Zainol @ Abdullah dan Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMS, Dr. Rohaizahtulamni Radzlan.

Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan bergambar sebagai simbol permulaan kerjasama strategik kedua-dua pihak.

 

UPM ZM BNT2
 
UPM ZM BNT3
 
UPM ZM BNT4

MARITIM NEGERI TERENGGANU SEMARAKKAN KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2025

TERENGGANU, 12 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu berbesar hati menerima penghargaan untuk bersama-sama bagi menjayakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2025.

Konvoi KMJG 2025 yang bermula dari Kampung Pachakan, Besut telah melalui empat hentian utama iaitu Checkpoint 1 – Dewan Terbuka Muara, Kuala Besut, Checkpoint 2 - Kampung Bukit Putera, Setiu, Checkpoint 3 – McDonald’s Batu Burok, Kuala Terengganu, dan Checkpoint 4 – FELDA Neram 1, Kemaman sebelum bergerak ke Negeri Pahang.

Sepanjang perjalanan, Jalur Gemilang dikibarkan seiring dengan sorakan 'Merdeka!, Merdeka! Merdeka!' ketika melalui setiap hentian oleh para peserta konvoi. Turut diserikan, pelbagai acara menarik telah diadakan di setiap hentian bagi menarik masyarakat setempat.

Penganjuran program ini dan penyertaan Maritim Malaysia khususnya secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warganya di samping melambangkan komitmen agensi untuk terus bersama masyarakat dalam memupuk semangat cinta negara.

 

KMJG TRG
 
KMJG TRG2
 
KMJG TRG3
 
KMJG TRG4

KESMAR PERKUKUH PERLEMBAGAAN, UTAMAKAN KEBAJIKAN WARGA MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 12 OGOS – Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) terus memperkukuh peranannya sebagai wadah kebajikan warga Maritim Malaysia apabila mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi KESMAR Induk, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Mesyuarat khas ini bertujuan membincangkan serta memutuskan pindaan perlembagaan KESMAR, selaras dengan usaha memperkemas tadbir urus kelab demi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada para ahli yang terdiri daripada seluruh warga kerja Maritim Malaysia di seluruh negara.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Induk serta wakil-wakil cawangan KESMAR peringkat Maritim Negeri yang menyertai secara telesidang, mencerminkan semangat kebersamaan dan kesepakatan dalam menjayakan agenda kebajikan serta pembangunan sukan di kalangan warga Maritim Malaysia.

Dengan komitmen padu ini, KESMAR terus bertekad menjadi pemangkin kesejahteraan dan kebajikan warga Maritim Malaysia, di darat mahupun di lautan.

 

KESMAR AGM2
 
KESMAR AGM3
 
KESMAR AGM4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC