08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA SERTAI SIMPOSIUM SAINS PENAGIHAN DADAH 2025 ANJURAN AADK

PUTRAJAYA, 22 OKTOBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Program Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2025 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang berlangsung di sini, hari ini.

Simposium bertemakan ‘Masyarakat Madani Bersama Membasmi Dadah’ itu menghimpunkan pelbagai agensi penguat kuasa, institusi akademik serta badan bukan kerajaan dalam memperkukuh kerjasama nasional menentang ancaman penagihan dadah.

Program tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, yang menegaskan kepentingan kolaborasi rentas agensi bagi membentuk masyarakat bebas dadah sejajar aspirasi Masyarakat Madani.

Dalam simposium itu, Ketua Pengarah AADK, Dato' Ruslin bin Jusoh memperkenalkan Resolusi SSPDK 2025 yang menekankan strategi pemerkasaan komuniti, intervensi awal serta pengukuhan dasar antidadah negara.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan pelancaran inisiatif ‘MySupport: Aku, AADK dan Keluarga’ oleh Menteri Dalam Negeri, bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman dan Ketua Pengarah AADK.

Penyertaan Maritim Malaysia mencerminkan komitmen sebagai agensi penguat kuasa di bawah KDN dalam menyokong pendekatan bersepadu kerajaan memperkukuh pencegahan dan intervensi sosial, khususnya dalam komuniti maritim.

AADK SIMPO
 
AADK SIMPO3
 
AADK SIMPO4
 
AADK SIMPO5

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC