LABUAN, 24 OKTOBER – Kapal Maritim (KM) LAHAD DATU kini kembali memperkukuh kekuatan dan kesiapsiagaan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan selepas enam bulan menjalani kerja-kerja pembaikan di Preston Shipyard Sdn. Bhd., Labuan.
Majlis penyerahan semula kapal itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Preston Shipyard, Tuan Zailani Mansor, kepada Pegawai Memerintah KM LAHAD DATU, Leftenan Komander Maritim Muhamad Azri Othman, baru-baru ini.
Majlis berkenaan turut disaksikan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rizal Hishamuddin, serta Pengerusi Preston Shipyard Sdn. Bhd., Laksamana Madya (Bersara) Datuk Khairul Anuar Yahya.
Dalam ucapannya, Khairulanuar menzahirkan penghargaan kepada pihak Preston Shipyard atas komitmen tinggi kerana berjaya menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan lebih awal daripada jadual asal.
Beliau menegaskan bahawa pemulihan aset seperti KM LAHAD DATU amat penting bagi memastikan keberkesanan rondaan, kecekapan operasi dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan Labuan serta kawasan sekitarnya.
“Setiap aset yang kembali beroperasi memberi nilai tambah kepada keupayaan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan negara terus terjamin,” katanya.
Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Zon Maritim Labuan, pegawai kanan Maritim Malaysia dan seluruh warga KM LAHAD DATU.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

