MIRI, 25 OKTOBER – Seramai 20 pegawai-pegawai kanan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak, Zon Maritim Bintulu, Zon Maritim Miri serta Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya telah menyertai Latih Amal Keselamatan Maritim : Eksesais Jerung Emas Siri 70/25 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Oktober lalu.
Latihan melalui Tabletop Exercise (TTX) ini dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Sekretariat Latih Amal Keselamatan, dengan penyertaan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta beberapa agensi persekutuan, negeri dan syarikat PETRONAS.
Latih amal ini bertujuan menguji tahap tindakan pantas, koordinasi dan keberkesanan kerjasama antara agensi dalam menangani krisis keselamatan maritim, selaras dengan Arahan MKN No. 18 yang menjadi dasar pengurusan dan pengendalian krisis keganasan di negara ini.
Arahan tersebut juga memperincikan peranan Maritim Malaysia sebagai peneraju Crisis Response Team (CRT) sekiranya berlaku insiden keganasan di laut, khususnya yang melibatkan keselamatan aset strategik negara.
Eksesais kali ini memberi fokus kepada simulasi krisis keganasan melibatkan rampasan pelantar minyak dan tawanan pekerja di perairan Sarawak, dengan objektif menguji kemampuan agensi dalam membuat keputusan taktikal dan penyelarasan operasi di lapangan.
Majlis penutupan latihan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), YDH CP Datuk Haji Baharuddin Ahmad.
Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sarawak merangkap Ketua CRT Maritim, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lefternan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mejar Jeneral Ramli Mohd Jabar TUDM serta Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, YDH DCP Datuk M.V. Srikumar a/l Madhavan Nair.
Latihan bersepadu ini membuktikan komitmen dan kesiagaan tinggi Maritim Malaysia untuk menggalas tanggungjawab sebagai peneraju CRT bagi memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara dan bebas daripada ancaman keganasan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

