08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MENTERI DALAM NEGERI TERIMA ANUGERAH KHAS BERET MERAH (LASKAR MERAH SAGA) STAR TEAM

PUTRAJAYA, 23 OKTOBER – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini menerima anugerah khas beret merah Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) pasukan elit di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Penyampaian beret merah berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Oktober 2025 yang diadakan di Putrajaya hari ini.

YB Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya menegaskan, pemakaian uniform Maritim Malaysia melambangkan semangat juang yang tinggi serta tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap warga agensi dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sementara itu Datuk Haji Mohd Rosli berkata, penganugerahan beret merah itu merupakan pengiktirafan tertinggi Maritim Malaysia kepada YB Datuk Seri Saifuddin atas ketegasan beliau dalam menangani isu keselamatan di laut serta komitmen memperkukuh aset dan kesiapsiagaan agensi dalam membanteras jenayah maritim.

Datuk Haji Mohd Rosli turut berkata, penganugerahan yang diberikan hari ini turut mencerminkan keteguhan dan usaha padu Menteri Dalam Negeri dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dalam negara terjaga, di samping komitmen beliau memastikan kebajikan agensi di bawah KDN sentiasa diberi perhatian.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Inovasi KDN 2025 sebagai tanda penghargaan kepada agensi yang menghasilkan idea dan produk yang kreatif bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan. Jabatan Pendaftaran Negara telah berjaya menambah legasi kecemerlangan dengan meraih kedudukan Naib Johan dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2025. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan HADID dari JPN Perak atas kejayaan cemerlang ini melalui projek inovasi "X-CAPE".

Turut hadir sama pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid bin Hj. Ismail serta Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.

 

HIMPUN MDN2
 
HIMPUN MDN4
 
HIMPUN MDN5
 
HIMPUN MDN6
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC