08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

EKSESAIS LIMBAWAN 2025 UJI KESIAPSIAGAAN OPERASI MENYELAMAT DI LAUT

KOTA KINABALU, 20 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan memperkukuh kesiapsiagaan pasukan penyelamat maritim menerusi Eksesais Limbawan 2025: Search and Rescue Exercise (SAREX) Maritime Mass Rescue Operation (MMRO) yang diadakan pada 15 dan 16 Oktober lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Eksesais berbentuk Table Top Exercise (TTX) ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu, serta rakan industri seperti Malaysian Petroleum Management (MPM) Petronas dan PTT Exploration and Production (PTTEP).

Latihan ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi dan keupayaan pelbagai agensi dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat maritim berskala besar melibatkan ramai mangsa.

Eksesais ini diketuai oleh Kepten Maritim Mohd Ariz Md Kassim selaku Pengarah Latihan, manakala Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz, yang menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, bertindak sebagai SAR Mission Coordinator (SMC) bagi senario kecemasan di pelantar minyak KIKEH yang melibatkan letupan, tumpahan minyak dan penyelamatan mangsa dalam jumlah besar.

Sebanyak 39 agensi kerajaan persekutuan dan negeri termasuk pihak industri minyak, gas dan perkapalan dari Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian dengan penyertaan 150 peserta keseluruhannya.

Terdahulu, majlis perasmian eksesais disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar Abd Majid @ Razali, diikuti sesi taklimat dan forum oleh Komander Maritim Mohd Ardi Mat Nawi dari Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Dalam ucapannya, Khairulanuar menegaskan, latihan seumpama ini amat penting bagi memastikan semua agensi penyelamat berada dalam keadaan siapsiaga dan mampu bertindak pantas apabila insiden sebenar berlaku di laut.

“Melalui SAREX MMRO ini, kita bukan sahaja menguji prosedur dan kecekapan teknikal, tetapi juga memperkukuh komunikasi, koordinasi dan kefahaman bersama antara semua agensi yang terlibat,” katanya.

Beliau turut menegaskan, kejayaan sesuatu operasi menyelamat bergantung kepada tahap kerjasama dan koordinasi di lapangan.

“Latihan bersepadu seperti ini membuktikan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, industri minyak dan gas serta komuniti maritim bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara,” tambahnya.

SAREX MMRO 2025 turut menyokong pelaksanaan National Aeronautical and Maritime Search and Rescue (NAMSAR) seperti digariskan dalam Arahan NADMA No. 1.

EKS LIMBAWAN2
 
EKS LIMBAWAN3
 
EKS LIMBAWAN4
 
EKS LIMBAWAN

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC