KOTA KINABALU, 17 DISEMBER – Kejohanan Piala Futsal Pegawai Memerintah KM IKHLAS 2025 bukan sekadar medan persaingan sukan, sebaliknya menjadi platform berkesan memperkukuh hubungan silaturahim dan kesejahteraan warga Maritim Malaysia di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kejohanan anjuran bersama KM IKHLAS dan Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu telah diadakan pada Isnin lalu, bertempat di Gelanggang Futsal Yayasan Sabah.
Program berkenaan menyaksikan penyertaan tujuh pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi, sekali gus mencerminkan nilai profesionalisme warga Maritim Malaysia.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, penganjuran kejohanan itu selari dengan usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota, di samping mengukuhkan hubungan sesama warga kerja serta ahli keluarga.
Menurut beliau, penglibatan ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan turut menyumbang kepada suasana harmoni dan muhibah, sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam komuniti Maritim Malaysia.
"Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Banggi A muncul juara Piala Futsal Pegawai Memerintah Maritim Negeri Sabah 2025 selepas menampilkan aksi permainan yang hebat dan berstrategi untuk menewaskan lawan," katanya.
Mohd Khairulanuar menambah, aktiviti sukan seperti ini penting bagi memastikan keseimbangan antara tuntutan tugas rasmi dan kesejahteraan fizikal serta mental anggota, khususnya dalam persekitaran kerja yang mencabar.
Beliau turut menyuarakan harapan agar kejohanan seumpama itu dapat diteruskan sebagai agenda tahunan KESMAR Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi melahirkan warga kerja yang cergas, cerdas, berdaya saing dan berintegriti tinggi.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

