09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

STAR TEAM MARITIM MALAYSIA RAIH NAIB JUARA IPSC OPEN LEVEL ll 2025

SUNGAI UDANG, 16 DISEMBER – Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencuri tumpuan apabila pasukan itu dinobatkan sebagai Naib Juara Kategori Production Optic dalam Pertandingan 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) International Practical Shooting Confederation (IPSC) Open Level II 2025 yang diadakan dari 10 hingga 14 Disember 2025.

Pasukan STAR Team (ORCA) yang diketuai Komander STAR Team, Kepten Maritim Syuzefril Mat Noor, turut dibarisi Bintara Muda Maritim Jackly anak Ukong, Laskar Kanan Maritim Syed Omar Jemada Said Mohamed dan Laskar Kanan Maritim Md Shah Ammirol Jumaan, menampilkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan lima hari itu.

Lebih membanggakan, Kepten Maritim Syuzefril turut meraih tempat ketiga kategori Production Optic individu, sekali gus mengukuhkan reputasi STAR Team sebagai antara pasukan taktikal berkeupayaan tinggi dalam disiplin menembak kompetitif.

Pertandingan berprestij tersebut berlangsung di Lapang Sasar Tempur, Kem Sungai Udang, melibatkan 496 peserta daripada pelbagai agensi awam dan persatuan menembak seluruh negara.

Sebanyak 18 peringkat pertandingan dipertandingkan merangkumi empat kategori utama iaitu Production, Production Optic, Standard dan Open Division.

Majlis penutup rasmi disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Brigedier Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, yang menzahirkan penghargaan terhadap tahap profesionalisme dan disiplin tinggi para peserta sepanjang kejohanan.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bersempena kolaborasi Kerajaan Negeri Melaka dan 21 GGK dalam sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas serta pelancaran Visit Melaka 2.0.

Turut hadir Presiden IPSC Malaysia, YBM Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman serta wakil-wakil agensi keselamatan dan jemputan rasmi.

IPSC CCG2
 
IPSC CCG
 
IPSC CCG3

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC