21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

Siaran Media

Siaran Media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk tahun 2019
Siaran Media

 

 

MARITIM MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TNI-AL BEBASKAN BOT NELAYAN TEMPATAN

SIARAN MEDIA

MARITIM MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TNI-AL BEBASKAN BOT NELAYAN TEMPATAN

PUTRAJAYA, 10 OKT – Sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) dengan nombor pendaftaran PKFB 1837 (C2) yang ditahan oleh kapal Penguasa Indonesia pada 8 Oktober 2018 lalu, kini telah dibebaskan oleh Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI- AL) di Lantamal 1, Belawan, Indonesia.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

AMBIL MUDAH PINDAHKAN SISA BUANGAN

SIARAN MEDIA

AMBIL MUDAH PINDAHKAN SISA BUANGAN

PELABUHAN KLANG, 21 Sept – Sebuah kapal tangki dan bot kargo ditahan oleh
Maritim Malaysia Negeri Selangor di perairan Sungai Puloh pagi tadi.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

HAJAT PULANG BERAYA TIDAK KESAMPAIAN

SIARAN MEDIA

 

HAJAT PULANG BERAYA TIDAK KESAMPAIAN

PELABUHAN KLANG, 19 Ogos – Sekumpulan warganegara Indonesia ditahan oleh Maritim Malaysia Selangor dalam satu pemeriksaan ke atas feri penumpang yang sedang menuju ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang pada jam lebih kurang 11.50 pagi hari ini dalam jarak 0.6 batu nautika Tanjung Harapan.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

BOT PUKAT TUNDA TEMPATAN GAGAL MELARIKAN DIRI

SIARAN MEDIA

 

BOT PUKAT TUNDA TEMPATAN GAGAL MELARIKAN DIRI

PELABUHAN KLANG, 25 Sept – Sebuah bot pukat tunda ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia Negeri Selangor pada jam 11.40 malam tadi, dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan pada jarak lebih kurang 3.6 batu nautika barat Sungai Sembilang.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC