NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
KENYATAAN MEDIA : MARITIM MALAYSIA SEMPORNA GAGALKAN AKTIVITI PENYELUDUPAN KAYU BAKAU DI PERAIRAN SEMPORNA
SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA SEMPORNA GAGALKAN AKTIVITI PENYELUDUPAN KAYU BAKAU DI PERAIRAN SEMPORNA
SEMPORNA, 04 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna telah menahan sebuah pump bot disyaki telah melakukan aktiviti penyeludupan kayu bakau di perairan Semporna petang semalam..
KENYATAAN MEDIA : MARITIM MALAYSIA SEMPORNA GAGALKAN AKTIVITI PENYELUDUPAN PENYU DI PERAIRAN SEMPORNA
SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA SEMPORNA GAGALKAN AKTIVITI PENYELUDUPAN PENYU DI PERAIRAN SEMPORNA
SEMPORNA, 14 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna telah menahan sebuah pump bot disyaki telah melakukan aktiviti penyeludupan penyu di perairan Semporna awal pagi semalam.
KENYATAAN MEDIA : MANGSA BOT HILANG DITEMUI SELAMAT
SIARAN MEDIA
MANGSA BOT HILANG DITEMUI SELAMAT
ALOR SETAR, 27 Oktober - Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua orang mangsa yang dikhuatiri hilang ketika dalam perjalanan daripada Pulau Langkawi menuju ke Kuala Sala, Yan, Kedah pada 22 Oktober lalu telah ditemui kira-kira 100 batu nautika dari lokasi bot tersebut dipercayai rosak.
KENYATAAN MEDIA : DUA NELAYAN HILANG USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT DIPERLUAS
SIARAN MEDIA
DUA NELAYAN HILANG USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT DIPERLUAS
ALOR SETAR, 25 Oktober - Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua orang nelayan yang dikhuatiri hilang ketika dalam perjalanan daripada Pulau Langkawi menuju ke Kuala Sala, Yan, Kedah pada 22 Oktober lalu..
KENYATAAN MEDIA : MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN BAWA KELUAR PATI DARIPADA MALAYSIA
SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN BAWA KELUAR PATI DARIPADA MALAYSIA
KOTA TINGGI, 3 Okt 2018 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim (ZM) Tanjung Sedili berjaya menahan lebih kurang 20 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disyaki cuba keluar dari Malaysia melalui kawasan yang tidak diwartakan dalam operasi bersama Regimen Ke 6 Artileri Diraja yang bertugas di Pos Tg. Sepang pada petang semalam.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.