NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
KENYATAAN MEDIA : KONSEP NEGERI APMM
SIARAN MEDIA
MAJLIS PELANCARAN KONSEP NEGERI DAN ISTIADAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN MARITIM MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar lembaran sejarah baharu apabila struktur Agensi ini diperkemaskan lagi kewujudannya dengan berkonsepkan negeri tidak seperti sebelum ini sebagai wilayah, daerah dan pangkalan.
KENYATAAN MEDIA : MAJLIS PERSARAAN DATO INDERA MOHD TAHA
SIARAN MEDIA
MAJLIS PERSARAAN DATO INDERA MOHD TAHA
PERBARISAN KHAS SEMPENA PERSARAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MARITIM MALAYSIA
SUBANG, 30 OGOS 2018 - Maritim Malaysia mengadakan perbarisan khas sempena persaraanLaksamana Madya Maritim Dato’ Indera Mohd Taha bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysiadi Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).Perbarisan ini merupakan tanda penghargaan kepada Dato’ Indera yang telah berkhidmat dengan cemerlang selama 42 tahun sebagai penjawat awam agensi kerajaan.
KENYATAAN MEDIA : KENYATAAN MEDIA PELUPUSAN DADAH MARITIM MALAYSIA
SIARAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA PELUPUSAN DADAH MARITIM MALAYSIA 2
GANJA 864 KILOGRAM BERNILAI 2.5JUTA DILUPUSKAN
PORT DICKSON, 1 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini melupuskan dadah jenis ganja seberat 864 kilogram bernilai RM2.5 jutahasil rampasan dua(2) kes yang berlaku di Pantai Kuala perlis dan perairan Pulau Cebu, Pulau Langkawi, Kedah.
MARITIM MALAYSIA DAN JICA ADAKAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENGAJIAN DAN LATIHAN BERSAMA
KUALA LUMPUR, 17 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) menandatangani Memorandum Persefahaman bagi kerjasama Project on Enhancing Education and Training Capacity of MMEA and Encouraging Cooperation Among Neighbouring Countries tengah hari ini di MITEC, Kuala Lumpur.
KENYATAAN MEDIA : KENYATAAN MEDIA PENCEROBOHAN NELAYAN ASING VIETNAM SIDANG MEDIA KP DI TERENGGANU
SIARAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA PENCEROBOHAN NELAYAN ASING VIETNAM SIDANG MEDIA KP DI TERENGGANU
DUA BUAH BOT NELAYAN ASING (VIETNAM) DITAHAN MENCEROBOH DAN MENANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA
17 JULAI 2018 KUALA TERENGGANU - Dua buah bot nelayan asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Mairitim Malaysia) Negeri Terengganu di dua lokasi berbeza, iaitu antara 58 hingga 62 batu nautika dari muara Kuala Terengganu semalam.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.