21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

KENYATAAN MEDIA : BERHUBUNG PENAHANAN SEORANG PEGAWAI MARITIM MALAYSIA

SIARAN MEDIA

 

BERHUBUNG PENAHANAN SEORANG PEGAWAI MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 26 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memandang serius dan kecewa susulan penahanan seorang pegawainya pada 24 Oktober 2018 selepas disyaki turut terlibat dalam kejadian rompakan bersenjata di perairan Kuala Rompin, Pahang pada awal pagi hari yang sama.

 

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

KENYATAAN MEDIA : LAGI NELAYAN TERJUN LAUT ELAK DICEKUP

SIARAN MEDIA

 

LAGI NELAYAN TERJUN LAUT ELAK DICEKUP

Lumut, 22 OktoberSeorang nelayan melarikan diri dari ditahan Maritim Malaysia selepas tekad terjun laut pada jam 9.10 pagi semalam kira-kira 1.8 batu nautika dari Sungai Belukang Hutan Melintang.

 

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

KENYATAAN MEDIA : MAYAT DITEMUI BERDEKATAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

SIARAN MEDIA

 

MAYAT DITEMUI BERDEKATAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

PULAU PINANG, 11 September - Setelah sehari operasi mencari menyelamat (SAR) yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang bersama agensi penyelamat yang lain bagi mencari seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 40an yang terjun laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) telah dijumpai di kawasan lima kilometer dari Jambatan Kedua Pulau Pinang dan dua kilometer dari persisiran Pantai Teluk Tempoyak. 

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

KENYATAAN MEDIA : MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN MENYELUDUP

SIARAN MEDIA

 

MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN MENYELUDUP

Johor Bahru, 16 Okt - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Johor berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup rokok ke dalam negara melalui jalan laut. Cubaan menyeludup tersebut berjaya dipatahkan oleh sebuah bot peronda maritim sekitar 2.29 batu nautika utara Pulau Kukup pada jam lebih kurang 2.13 pagi semalam.

 

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

KENYATAAN MEDIA : 2 BUAH BOT TUNDA SIRING DI TAHAN

SIARAN MEDIA

 

2 BUAH BOT TUNDA SIRING DI TAHAN

KOTA KINABALU, 10 OKTOBER - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Maritim Negeri Sabah telah menahan 2 buah Bot Nelayan Tempatan bersama 2 orang tekong dan 10 orang awak-awak warga Indonesia dalam satu Operasi Khas semalam.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC