NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MEDIA RELEASE : NO SPACE FOR ENCROACHMENT OF FOREIGN FISHING TRAWLERS
MEDIA STATEMENT
NO SPACE FOR ENCROACHMENT OF FOREIGN FISHING TRAWLERS
PUTRAJAYA, 9 February –Malaysia Coast Guard are improving its enforcement on encroachment of foreign fishing trawlers in the lastest operation conducted on the 25th January 2018, by the Maritime District 12 Bintulu. A total of eight Vietnamese fishermen were detained through ‘Ops Permai’.
Kenyataan Media : Kelulusan Pindaan Akta Apmm 633 Mantapkan Operasi Maritim Malaysia
SIARAN MEDIA
KELULUSAN PINDAAN AKTA APMM 633 MANTAPKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
PUTRAJAYA, 23 DISEMBER - Rang Undang-Undang Akta APMM (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan negara pada 19 disember lalu selapas bacaan kali ketiga.
Kelulusan itu membolehkan Akta APMM 633 dipinda buat kali pertama sejak diwartakan pada 2004 dan sekaligus membolehkan peruntukan berhubung penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM), penubuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) serta pewujudan Lokap Maritim Malaysia.
Kenyataan Media : Aidilfitri 2017enyataan Media : Aidilfitri 2017
SIARAN MEDIA
OPERASI BERSEPADU MARITIM MALAYSIA BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MENJAGA PERAIRAN NEGARA
KOTA TINGGI, 13 JUN 2017 – Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar,Ketua Pengarah Maritim Malaysia bersama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, telah mengadakan Operasi bersepadu bersama memantau perairan negara, memastikan perairan negara sentiasa selamat terutama di bulan ramadhan dan menjelang musim perayaan.
Kenyataan Media : Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia Berjaya Tumpaskan 10 Lanun Rompak Kapal Mt Mgt1
SIARAN MEDIA
PASUKAN TINDAKAN KHAS MARITIM MALAYSIA BERJAYA TUMPASKAN 10 LANUN ROMPAK KAPAL MT MGT1
KUALA TRENGGANU, 7 SEPTEMBER 2017 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia ) telah berjaya menumpaskan satu rompakan lanun ke atas Kapal MT MGT1 dalam operasi sailang di jarak lebih kurang 3 Batu Nautika Timur Pulau Yu Besar (perairan Terengganu) pada Hari ini.
Kenyataan Media : OPS Bersepadu TLDM dan Polis Marin
SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA LANCARKAN OPERASI PADU BERSAMA TLDM DAN PASUKAN POLIS MARIN
PUTRAJAYA, 3 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini melancarkan Operasi Bersepadu antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi membanteras aktiviti rompakan di laut yang dikenali sebagai “OPS PADU”.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.