22
Sel, Sep

Grid List

VESEL KLON, 14 NELAYAN VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KELANTAN

MARITIM MALAYSIA LUPUS LEBIH 300 KILOGRAM SYABU

CARILAMAT PEMANCING: ENAM MANGSA DITEMUKAN, SEORANG MASIH HILANG

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL KAYU BAWA 36 WARGA INDONESIA

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

KETUA SETIAUSAHA KDN TINJAU EX-USCGC VALIANT, BAKAL PERKUKUH KEUPAYAAN ASET MARITIM MALAYSIA

BALTIMORE, 18 September – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Haji Awang Alik bin Jeman bersama Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Waterfront Operations Training Center (WOTC), United States Coast Guard (USCG) bagi meninjau dan menilai tawaran penerimaan sebuah kapal ex-USCGC VALIANT daripada Kerajaan Amerika Syarikat.

Lawatan merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh keupayaan aset Maritim Malaysia menerusi kerjasama strategik antara Malaysia dan Amerika Syarikat, susulan kejayaan pelaksanaan penerimaan KM BENDAHARA pada tahun 2025.

Sepanjang lawatan, delegasi telah diberikan taklimat komprehensif berhubung status serta kebolehupayaan kapal yang meliputi sistem pendorongan dan jentera utama, janakuasa, sistem navigasi dan komunikasi, sistem persenjataan, alat ganti serta pelbagai aspek teknikal dan logistik yang berkaitan.

Delegasi turut mengadakan pemeriksaan fizikal ke atas kapal bagi menilai tahap kesiapsiagaan, keupayaan operasi serta kesesuaiannya untuk memenuhi keperluan pengoperasian Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim dan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

Lawatan turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai aspek pengoperasian, penyelenggaraan serta sokongan teknikal, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama strategik yang telah sekian lama terjalin antara Maritim Malaysia dan United States Coast Guard.

Usaha penilaian ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasakan keupayaan aset Maritim, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan operasi bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan maritim negara terus terpelihara.

Grid List

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT BINTARA KANAN MARITIM YAHAYA

JOHOR BAHRU, 19 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerima khabar duka atas pemergian Bintara Kanan Maritim Yahaya bin Awang Kecik, 53, anggota Seksyen Keselamatan, Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulai kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Ekor Kucing, Tasek Gelugor, Pulau Pinang untuk disemadikan. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 1 pagi hari ini, manakala keseluruhan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 2 pagi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada warga Maritim Malaysia, khususnya warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

“Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah seluruh warga Maritim Malaysia. Jasa, komitmen dan pengorbanan beliau sepanjang melaksanakan tanggungjawab akan sentiasa dikenang.

“Semoga segala khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T.,” katanya.

Sebagai penghormatan terakhir, kawalan kehormatan dan istiadat pengebumian dilaksanakan bagi menyempurnakan pengurusan jenazah Allahyarham.

Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan yang amat dirasai. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC