22
Sel, Sep

Grid List

VESEL KLON, 14 NELAYAN VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KELANTAN

MARITIM MALAYSIA LUPUS LEBIH 300 KILOGRAM SYABU

CARILAMAT PEMANCING: ENAM MANGSA DITEMUKAN, SEORANG MASIH HILANG

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL KAYU BAWA 36 WARGA INDONESIA

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL KAYU BAWA 36 WARGA INDONESIA

LUMUT, 19 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak menahan sebuah vesel kayu tanpa nombor pendaftaran yang membawa 36 warga Indonesia disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika barat daya muara Sungai Belukang, Perak, sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penahanan dilakukan hasil risikan dan intipan terhadap aktiviti jenayah di perairan Perak, sebelum aset Maritim Malaysia mengesan dan memintas vesel berkenaan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan membawa 36 individu terdiri daripada tiga kru termasuk tekong dan 33 penumpang, kesemuanya warga Indonesia berumur antara dua hingga 57 tahun. Daripada jumlah tersebut, dua merupakan wanita hamil manakala tiga lagi ialah kanak-kanak,” katanya.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa pasport, kad pengenalan Indonesia dan beg pakaian milik individu terbabit.

Kesemua individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak menggunakan laluan keluar atau masuk yang sah ke Malaysia. Kes turut disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Kesemua tahanan bersama vesel dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Maritim Malaysia melalui IPMN Perak akan terus mempergiatkan rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan rentas sempadan, termasuk penyeludupan migran serta kemasukan individu melalui laluan yang tidak sah. Orang ramai dan komuniti maritim turut diseru menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di perairan negara kepada pihak berkuasa.

Grid List

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT BINTARA KANAN MARITIM YAHAYA

JOHOR BAHRU, 19 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerima khabar duka atas pemergian Bintara Kanan Maritim Yahaya bin Awang Kecik, 53, anggota Seksyen Keselamatan, Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulai kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Ekor Kucing, Tasek Gelugor, Pulau Pinang untuk disemadikan. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 1 pagi hari ini, manakala keseluruhan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 2 pagi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada warga Maritim Malaysia, khususnya warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

“Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah seluruh warga Maritim Malaysia. Jasa, komitmen dan pengorbanan beliau sepanjang melaksanakan tanggungjawab akan sentiasa dikenang.

“Semoga segala khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T.,” katanya.

Sebagai penghormatan terakhir, kawalan kehormatan dan istiadat pengebumian dilaksanakan bagi menyempurnakan pengurusan jenazah Allahyarham.

Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan yang amat dirasai. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC