22
Sel, Sep

Grid List

VESEL KLON, 14 NELAYAN VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KELANTAN

MARITIM MALAYSIA LUPUS LEBIH 300 KILOGRAM SYABU

CARILAMAT PEMANCING: ENAM MANGSA DITEMUKAN, SEORANG MASIH HILANG

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL KAYU BAWA 36 WARGA INDONESIA

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

CARILAMAT PEMANCING: ENAM MANGSA DITEMUKAN, SEORANG MASIH HILANG

PELABUHAN KLANG, 18 September – Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) tujuh pemancing yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank, Selangor, memasuki hari kelima hari ini dengan enam mangsa telah ditemukan, manakala pencarian seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, seorang mangsa ditemukan di perairan Perak pada hari keempat operasi, kira-kira 10.5 batu nautika barat daya Bagan Sungai Belukang, sebelum dibawa ke Jeti Hutan Melintang pada kira-kira jam 7 malam untuk diserahkan kepada pihak polis dan dikenal pasti oleh waris.

“Seorang lagi mangsa yang masih belum ditemukan ialah Raja Mohd Rozi bin Raja Mohamad, 49. Pencarian diteruskan bagi mengesan mangsa berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) diaktifkan semula pada jam 7 pagi bagi meneruskan operasi hari kelima yang melibatkan aset laut dan udara Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, Kapal Maritim (KM) NUSA dari Maritim Negeri Perak dan bot RH33 dari PDRM Perak turut digerakkan bagi memperluas pencarian di perairan Bagan Datuk meliputi kawasan seluas 105 batu nautika persegi.

“Maritim Malaysia terus menyelaras operasi bersama agensi terlibat dengan mengoptimumkan keupayaan aset laut dan udara bagi memastikan usaha CARILAMAT dilaksanakan secara pantas, tersusun dan berkesan.

“Pencarian terhadap mangsa yang masih belum ditemukan diteruskan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Maritim Malaysia Negeri Selangor di talian 013-660 6652 bagi membantu usaha pencarian dan menyelamat.

Grid List

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT BINTARA KANAN MARITIM YAHAYA

JOHOR BAHRU, 19 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerima khabar duka atas pemergian Bintara Kanan Maritim Yahaya bin Awang Kecik, 53, anggota Seksyen Keselamatan, Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulai kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Ekor Kucing, Tasek Gelugor, Pulau Pinang untuk disemadikan. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 1 pagi hari ini, manakala keseluruhan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 2 pagi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada warga Maritim Malaysia, khususnya warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

“Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah seluruh warga Maritim Malaysia. Jasa, komitmen dan pengorbanan beliau sepanjang melaksanakan tanggungjawab akan sentiasa dikenang.

“Semoga segala khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T.,” katanya.

Sebagai penghormatan terakhir, kawalan kehormatan dan istiadat pengebumian dilaksanakan bagi menyempurnakan pengurusan jenazah Allahyarham.

Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan yang amat dirasai. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC