10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

LUMUT, 5 DISEMBER โ€“ Empat lelaki warga Indonesia yang diselamatkan selepas bot mereka rosak di perairan Pulau Jarak baru-baru ini telah diserahkan secara rasmi kepada wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak, hari ini.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob menjelaskan, maklumat awal telah diterima daripada Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) Lumut, yang memaklumkan bahawa keempat-empat mangsa telah ditemukan dan diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam dua fasa berbeza.

Menurut beliau, dua mangsa pertama tiba di Tambatan Pangkalan Lumut pada 30 November menggunakan FCB 1030, manakala dua lagi mangsa diserahkan pada 3 Disember selepas bot ronda Maritim Malaysia mengambil mereka daripada KD KINABALU ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan lanjut.

Kesemua mangsa dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Perak bagi proses dokumentasi, pengesahan identiti dan urusan diplomatik bersama pihak kedutaan sebelum diserahkan hari ini.

Proses serah terima disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik bersama Timbalan Pengarah Siasatan, Leftenan Maritim Mohamad Fuad Jaโ€™afar.

Pihak Indonesia pula diwakili oleh Pak Garda Arian Perdana (Third Secretary Counsellor), Yosia Indra Rhajinisha Sianturi (Local Staff) dan Trisunu (Local Staff) dari KBRI Kuala Lumpur.

Shukri berkata, penyerahan itu secara tidak langsung telah menggambarkan kerjasama erat di antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan kedua-dua negara sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-6838737 atau talian 999 untuk tindakan segera.

WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.22 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.23 PM
 
WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.23 PM 3

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC