06
Isn, Mei

Grid List

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952

MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

PEMANTAUAN TUMPAHAN MINYAK DI MEDAN KIKEH FPSO (OFFSHORE SABAH) TIER ONE

LABUAN, 6 Ogos - Insiden tumpahan minyak (Light Crude Oil) telah berlaku pada 01 Ogos 2022 jam lebih kurang 3:00 petang yang disebabkan oleh kebocoran pada Export Hose selepas kerja-kerja Off Take (dari dasar ke KIKEH PFSO) selesai dilakukan.

Ramalan cuaca dan laporan meteorologi menjangkakan pada tarikh 6-8 Ogos akan berlaku perubahan angin dan keadaan air laut di perairan dan seterusnya membawa hujan lebat yang akan membantu penyejatan secara semulajadi. 3 buah standby ship berada di posisi Medan Kikeh untuk pemantauan dan persediaan tindak balas sekiranya tumpahan berulang. Pemantauan udara tidak dapat dilakukan berikutan low visibility dan hujan lebat.

KM BISTARI berada di lokasi Medan Kikeh bagi pemantauan. Kapal telah berkomunikasi dgn operator Kikeh disamping menawarkan bantuan sekiranya diperlukan. Oil Spill Respond Equipment (OSRE) daripada KM LAHAD DATU telah dipindahkan ke KM BISTARI bagi tujuan pemantauan ini.

Pihak operator mengesahkan kejadian tumpahan minyak yang berlaku dapat dikawal sepenuhnya. Jangka masa lebih kurang 2 minggu untuk kerja membaikpulih dan penggantian Export Hose yang bocor. 

Walaubagaimanapun, tahap tumpahan minyak Tier 1 mengikut Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP) adalah di mana pengawalan tumpahan minyak/tindakan masih di peringkat operator.

 

LT DYA (M) Dilsa bin Akmad
Pegawai Perhubungan Awam 
Zon Maritim Labuan

 

WhatsApp Image 2022 08 06 at 11.31.24 AM WhatsApp Image 2022 08 06 at 11.31.25 AM 
WhatsApp Image 2022 08 06 at 11.31.26 AM 1 WhatsApp Image 2022 08 06 at 11.31.27 AM 1
WhatsApp Image 2022 08 06 at 11.31.27 AM WhatsApp Image 2022 08 06 at 11.31.23 AM

 

Grid List

MARITIM PULAU PINANG TINGKAT KERJASAMA DENGAN POLIS MARIN BATU UBAN

PULAU PINANG, 3 MEI – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Razali bin Kasim mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Markas Polis Marin (PPM) Batu Uban, iaitu ACP Rusley bin Chi Ari semalam.

Delegasi Maritim Negeri Pulau Pinang disambut oleh Ketua Bahagian Kepolisan Am iaitu DSP Pakharuddin Amri bin Sanusi dan Ketua Operasi, ASP Mohd Puzi bin Din di Markas PPM Batu Uban.

Tujuan lawatan kerja rasmi ini adalah bagi berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Kawasan Operasi Maritim Malaysia (KOM) terutamanya di perairan negeri Pulau Pinang dan menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama sebagai sahabat strategik.

Selain itu, tinjauan turut diadakan ke aset-aset serta sesi suai kenal dengan anggota bot dan kapal oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang di jeti PPM Batu Uban.

Dalam pada itu, prasarana bagi keperluan penempatan aset kapal dan bot akan dipertingkatkan demi memantapkan kelangsungan operasi bagi jangka masa panjang.

 

MN PP PPM 2
 
MN PP PPM 3
 
MN PP PPM 4

 

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC