22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MEDEVAC: MARITIM MALAYSIA BANTU KRU KAPAL CEDERA DI LAUT

KUCHING, 25 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah melaksanakan bantuan MEDEVAC kepada seorang kru kapal MT THERESA LIBRA yang mengalami kecederaan di bahagian jari dan pergelangan tangan semasa belayar di perairan Kuching.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Sarawak menerima aduan daripada ejen kapal MT THERESA LIBRA yang berada di Singapura pada 23 Ogos sekitar jam 6.02 petang memohon bantuan bagi membawa kru yang tercedera ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

Kru kapal yang mengalami kecederaan telah dipindahkan melalui titik pertemuan di antara aset bot Maritim Kilat 22 bersama kapal tangki terbabit di kedudukan 3.8 batu nautika timur laut Tanjung Po pada 24 Ogos jam 4.30 petang semalam.

Mangsa, Maung Maung Myint, 52, warga Myanmar, segera dibawa ke jeti Maritim Negeri Sarawak di KOMTAS sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut. Bantuan MEDEVAC ditamatkan pada jam 5.40 petang semalam.

Berdasarkan maklumat awal diterima, lokasi kapal MT THERESA LIBRA itu dimaklumkan berada di sekitar 240 batu nautika utara Tanjung Po.

Maritim Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada komuniti maritim. Sekiranya terdapat sebarang kemalangan ataupun kecemasan di laut, boleh hubungi terus talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak  082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

1   2
     
33   4
     
5   6
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC