02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

BOT PILOT SRI PERKASA 81 BERSAMA DUA KRU DITEMUKAN SELAMAT

PELABUHAN KLANG, 11 Disember – Maritim Negeri Selangor, mengesahkan telah menemukan bot Pilot Sri Perkasa 81 bersama dua kru di Perairan Pulau Tengah pada sekitar jam 3.15 petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penemuan itu adalah hasil maklumat Area Control Centre (ACC) SWASLA Klang yang mengesan kedudukan bot Pilot Sri Perkasa 81 itu kira-kira pada jam 1.00 petang di sekitar Perairan Pulau Tengah.

Sejurus menerima maklumat, Bot PENGAWAL 25 diatur gerak ke lokasi dan menemukan bot Pilot Sri Perkasa 81 di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika dari lokasi terakhir sebelum bot berkenaan gagal dihubungi.

Hasil pemeriksaan mendapati bot itu mengalami kerosakan jentera utama dan janakuasa manakala kedua-dua kru Muhammad Azizi bin Azman, 28, dan Muhammad Baharuddin bin Bahari, 24, berada dalam keadaan selamat.

Bot Pilot Sri Perkasa 81 telah ditunda dengan menggunakan bot Pilot Sri Perkasa 85 ke perairan Terminal Penumpang South Port dan dijangka tiba pada jam 8.15 malam.

Terdahulu, bot Pilot Sri Perkasa 81 ditugaskan menghantar seorang Pilot ke kapal DHT Bronco di perairan Pulau Tengah, sebelum gagal dihubungi dan dikesan lebih kurang jam 9.30 pagi selepas menghantar Pilot berkenaan di atas kapal DJT Branco di kedudukan 12 batu nautika Barat Pulau Tengah.

Orang ramai dan komuniti maritim diingatkan agar sentiasa memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan dan bersedia untuk berlayar sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tidak mengundang sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebarang laporan kecemasan, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT PILOT KLANG   BOT PILOT KLANG 2

GAGAL KE SEBERANG, BOT FIBER DITAHAN KERANA MENGALAMI KEROSAKAN

PELABUHAN KLANG, 9 Disember – Disebabkan tiang layar patah, sebuah bot fiber berwarna kuning ditahan Maritim Negeri Selangor sejurus memohon bantuan pihak agensi di sekitar perairan Pulau Carey, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan sejurus mendapat maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru di kedudukan sekitar tiga batu nautika barat daya Tanjung Rhu, Pulau Carey.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot fiber itudikendalikan seorang warga China berumur 45 tahun, disyaki dalam perjalanan menuju ke Perairan Indonesia.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, suspek gagal mengemukakan lesen bot dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana keluar dari Malaysia secara tidak sah.

Suspek dan bot diiring ke jeti Marina, Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT FIBER KUNING   BOT FIBER KUNING 2

LIMA ORANG DITAHAN KERANA TIDAK MEMILIKI DOKUMEN PENGENALAN DIRI

LAHAD DATU, 7 Disember – Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan sebuah bot pam warna hijau tanpa nombor pendaftaran yang dikendalikan oleh enam orang kru dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.5 batu nautika di kawasan Timur Pulau Bohayan, Kunak semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan sebuah bot pam melalui rondaan rutin lebih kurang pukul 1.45 tengahari.

Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa.

Komander Maritim Nik Mohd Rizam turut memaklumkan, enam orang kru bot iaitu empat lelaki dan seorang wanita warga Filipina yang berusia antara 17 tahun hingga 20 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi warganegara Malaysia wanita dilepaskan tanpa sebarang pendakwaan.

Turut dirampas sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dan sebuah enjin pam.

 

PATI LAHAD DATU 2
 
PATI LAHAD DATU 3

CARILAMAT | HARI PERTAMA : SEORANG NELAYAN WARGA THAILAND HILANG DISYAKI JATUH LAUT

PASIR PUTEH, 8 Disember – Maritim Negeri Kelantan telah menerima aduan kejadian seorang kru bot nelayan tempatan bernombor KNF 11 dikhuatiri jatuh laut ketika sedang menangkap ikan berdekatan dengan Pulau Perhentian malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, Operasi CARILAMAT diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada jam 11.15 malam dengan mengatur gerak dua aset iaitu Bot Maritim PERKASA 1247 dan KILAT 17 ke tempat kejadian selain hebahan kepada komuniti nelayan tempatan.

Mangsa hilang ialah lelaki warga Thailand, Bhunti, 45, kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek berwarna khaki.

Berdasarkan keterangan Tekong, ketika sedang menangkap ikan kira-kira 17 batu nautika dari Pulau Perhentian, kelima-lima kru masih berada di atas bot namun mangsa disedari hilang ketika bot berada di posisi kira-kira 13 batu nautika dari Pulau Perhentian.

Sehingga kini, aset Maritim Malaysia masih melaksanakan Operasi CARILAMAT di lokasi pencarian namun masih tidak menemukan sebarang petanda.

Keadaan laut yang bergelora dan angin kencang di lokasi pencarian turut sedikit sebanyak menjejaskan operasi. Sekiranya tiada sebarang penemuan pada hari ini, Operasi CARILAMAT akan ditangguhkan pada jam 7.00 malam dan bakal disambung pada jam 7.00 pagi esok.

Sebarang maklumat dan aduan mengenai jenayah atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-7780070 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

CARILAMAT THAILAND 3   CARILAMAT THAILAND 4

TIGA LAGI KAPAL PENGANGKUT DITAHAN BERSAUH SECARA HARAM

KOTA TINGGI, 5 Disember – Zon Maritim Tanjung Sedili telah menahan tiga buah kapal pengangkut kerana bersauh secara haram di perairan Johor Timur semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib bin Sam berkata, kapal pertama yang berdaftar dari Port Klang ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada pukul 11.30 pagi di kedudukan 19.8 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil.

Manakala kapal kedua pula yang didaftarkan di Bridgetown ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada pukul 11.30 pagi di kedudukan 18.1 batu nautika timur laut Tanjung Penawar.

Kapal ketiga yang berdaftar dari Kobenhavn ditahan kapal ronda Maritim Malaysia di kedudukan21.5 batu nautika timur Tanjung Balau pada pukul 5.30 petang.

Najib turut memaklumkan ketiga-tiga nakhoda kapal terbabit telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau menambah, penahanan ketiga-tiga kapal tersebut merupakan kes ke 86 sepanjang tahun ini atas kesalahan yang sama iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

 

BERSAUH HARAM   BERSAUH HARAM 3

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC