11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN INDONESIAN NAVY COMMAND AND STAFF COLLEGE KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 29 MEI – Komandan Indonesian Navy Command and Staff College (SESKOAL), Rear Admiral Yoos Suryono Hadi mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya hari ini.

Delegasi SESKOAL telah disambut oleh Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Kunjungan ini adalah bertujuan sebagai platform perbincangan dua hala bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak selain merapatkan lagi silaturahim yang telah lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia.

Di akhir pertemuan kedua-dua pemimpin mengadakan sesi bertukar cenderamata dan bergambar sebagai simbolik hubungan baik dan kerjasama erat yang terjalin bagi mengukuhkan keamanan dan keselamatan di rantau ini.

 

WhatsApp Image 2024 05 29 at 3.52.08 PM   WhatsApp Image 2024 05 29 at 3.52.09 PM
     
WhatsApp Image 2024 05 29 at 3.52.10 PM 1   WhatsApp Image 2024 05 29 at 3.52.14 PM 1

INITIAL PLANNING CONFERENCE EKSESAIS SAMUDERA PERKASA BARAT SIRI KE-7/2024

ALOR GAJAH, 27 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengadakan Initial Planning Conference (IPC) Eksesias SAMUDERA PERKASA BARAT siri ke-7/ 2024 di A Famosa Resort Hotel, Alor Gajah yang bermula semalam sehingga 31 Mei 2024.

Tujuan eksesais ini adalah bagi memastikan operasi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan lebih teratur menerusi koordinasi yang lebih baik sebagai pemangkin kepada kemajuan hubungan dua hala antara kedua-dua perkhidmatan, menuju pelaksanaan kerangka ‘Six Years Exercise Road Map’ bagi penglibatan Maritim Malaysia dalam Eksesais KERISMAS anjuran TLDM.

Maritim Malaysia diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Latihan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku Timbalan Pengarah Eksesais.

Manakala TLDM diwakili oleh Asisten Ketua Staff, Bahagian Perancangan dan Kontigensi, Markas Armada Barat, Kepten Ahmad Nazri bin Bahari TLDM selaku Pengarah Eksesais Samudera Perkasa Barat 7/24.

Mesyuarat itu juga disertai oleh para pegawai Maritim Malaysia dan TLDM selaku tim perancang dan pengendali eksesias.

Konsep eksesais kali ini adalah secara Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) yang menggabungkan kerjasama Maritim Malaysia dan TLDM melibatkan aset laut dan udara serta Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Tindakan Khas (STAR TEAM).

Eksesais pada kali ini dikendalikan oleh TLDM mengikut penggiliran setiap tahun dan akan dilaksanakan pada bulan September nanti.

Untuk rekod, Eksesais SAMUDERA PERKASA merupakan latihan tahunan bersama di antara Maritim Malaysia dan TLDM secara bergilir yang dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu Table Top Exercise (TTX), Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan Field Training Exercise (FTX).

Secara tidak langsung dapat meningkatkan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam melaksanakan latihan bersama, di samping memberi manfaat kepada para pegawai kedua-dua perkhidmatan tentang prosedur dan pengendalian aset masing-masing dalam pelbagai keadaan.

 

WhatsApp Image 2024 05 28 at 3.46.29 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 28 at 3.46.29 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 05 28 at 3.46.28 PM

MARITIM NEGERI PAHANG SERTAI MOH KARNIVAL MAKMUR KUANTAN

KUANTAN, 27 MEI – Maritim Negeri Pahang telah dijemput menyertai Moh Karnival Makmur Kuantan dengan mengadakan reruai pameran bertempat di Dataran Sayangi Kuantan bermula pada 24 hingga 26 Mei lalu.

Program julung kalinya diadakan itu adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan berkonsepkan Pendidikan telah disempurnakan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak.

Peluang yang diberikan itu turut dijadikan sebagai platform dalam memperkenalkan fungsi dan peranan Agensi secara tidak langsung membawakan bahan-bahan pameran dan maklumat mengenai Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).

Beberapa replika milik Maritim Malaysia turut dipamerkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih mengenali dengan lebih dekat skop tugasan Maritim Malaysia.

Selain Maritim Malaysia, antara perkhidmatan lain yang menyertai karnival itu ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSTLDM) Kuantan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan beberapa lagi agensi serta jabatan kerajaan selain reruai Universiti Awam, Institut Pendidikan Swasta serta sekolah-sekolah terpilih.

 

 

WhatsApp Image 2024 05 27 at 3.46.18 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 27 at 3.46.19 PM 1

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH KD RENCONG TLDM KE MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 28 MEI – Timbalan Pengarah Operasi Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa menjalankan tugas Pengarah Maritim Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat Pegawai Memerintah KD RENCONG, Komander Fairul Sham Suhardi bin Zailis semalam.

Kunjungan hormat itu diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan sebelum pertemuan empat mata dibuat di antara Kepten Maritim Simon dengan Komander Fairul Sham.

Tujuan pertemuan ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silahturahim yang telah lama terjalin di antara Maritim Negeri Sarawak dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di samping menjadi platform perbincangan mengenai hala tuju kerjasama strategik berlandaskan perkembangan semasa.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pegawai Memerintah KM MARLIN, Leftenan Komander Maritim Mohd Khair bin Baharom, Penolong Pengarah Kanan Unit C3I, Leftenan Komander Maritim Mohd Syahrul Ehsan bin Abdullah, Penolong Pengarah unit CLBB, Leftenan Maritim Mohd Hairi bin Abd. Ghani serta Pegawai Persuratan KD RENCONG, Leftenan Madya Wan Akmal Hanif bin Wan Hasnizam TLDM.

Sesi pertemuan ini diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata dan bergambar sebagai simbolik hubungan erat yang telah terjalin di antara kedua-dua perkhidmatan.

 

WhatsApp Image 2024 05 27 at 8.44.32 PM 1 
 
WhatsApp Image 2024 05 27 at 8.44.32 PM 2
 
WhatsApp Image 2024 05 27 at 8.44.32 PM 3

MARITIM NEGERI PERAK BERI TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PENGAWASAN SEMPENA PERTANDINGAN UNIKAL MIMET

LUMUT, 26 MEI – Maritim Negeri Perak dijemput bagi memberi taklimat keselamatan dan ditugaskan sebagai pengawasan keselamatan sempena pertandingan kayak anjuran UNIKL MIMET, Perak sekitar pukul 8.00 pagi semalam.

Taklimat keselamatan ini telah disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Maritim Negeri Perak, Leftenan Maritim Muhammad Termizie bin Md Khair kepada para peserta memandangkan mereka melakukan aktiviti tersebut di laut.

Program kesedaran keselamatan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para peserta tentang langkah-langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut seperti memakai jaket keselamatan, cakna terhadap ramalan kaji cuaca sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, memastikan peralatan dan kelengkapan kecemasan di laut berada dalam keadaan baik serta mempunyai Personal Locator Beacon (PLB).

Selain itu, pengedaran risalah keselamatan di laut turut diedarkan kepada para peserta disamping sebuah bot peronda ditugaskan untuk melaksanakan pengawasan keselamatan kepada semua peserta supaya program berjalan lancar.

 

TAKLIMAT PERAK
 
TAKLIMAT PERAK 3
 
TAKLIMAT PERAK 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC