08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TERIMA MIKROSKOP UNTUK TINGKAT KEUPAYAAN AGENSI

PUTRAJAYA, 7 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima sebuah mikroskop daripada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) sebagai usaha dalam meningkatkan keupayaan agensi melalui satu Mesyuarat Akhir Pasukan Penyelaras Bersama (JCT) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Ketua Perwakilan Pejabat JICA Malaysia, Sugawara Minako kepada wakil Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus dengan disaksikan oleh Pakar Teknikal JICA, Komander Tateishi Ryosuke.

Ahmad Faridi berkata, mesyuarat JCT diadakan sebagai salah satu keperluan dalam Program Kerjasama Teknikal (TCP) bagi melaporkan pencapaian atau kemajuan aktiviti dan latihan untuk agensi bagi tahun 2021 hingga 2024.

Tambah beliau, majlis tersebut turut menandakan kemuncak bagi usaha kolektif Maritim Malaysia merangkumi penggal 2021-2024, khususnya untuk ‘Peningkatan Kapasiti Operasi Komprehensif Maritim Malaysia’..

Jelas Ahmad Faridi, memandangkan projek tersebut akan berakhir pada Mac 2024, Maritim Malaysia berhasrat meneruskan kerjasama agensi dengan JICA dan Japan Coast Guard (JCG) melalui satu lagi Program Kerjasama Teknikal bagi tahun 2024 hingga 2026 untuk meningkatkan keupayaan dan kepakaran tenaga kerja dan aset.

Beliau berharap kesemua program yang dirancang akan dilaksanakan dan dijalankan dengan jayanya sebagai strategi untuk mengukuhkan kepakaran jurulatih, pakar subjek di samping memastikan kemampanan latihan.

Turut hadir, Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur, Morioka Hiroshi, Pakar JICA Maritim Malaysia untuk penggal 2024 -2026, Komander Taro Kono; Wakil JICA Malaysia, Egawa Zenjiro; Pegawai dan anggota JICA melalui sidang video dalam talian serta Pengarah dan rakan pegawai.

 

JICA MIKROSKOP 2   JICA MIKROSKOP 4   JICA MIKROSKOP 5   JICA MIKROSKOP 6

BICARA INTEGRITI BERI KESEDARAN TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM

PUTRAJAYA, 7 Mac – Unit Integriti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan Program Bual Biacara Integriti yang bertajuk ‘Pengurusan Kewangan Peribadi Dalam Kalangan Penjawat Awam’ berlangsung secara fizikal dan dalam talian di Ibu Pejabat Maritim Putrajaya pagi tadi.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu menampilkan dua ahli panel jemputan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mengupas tajuk berkenaan.

Program itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa.

Menurut Mohd Norzam, penjawat awam terutama dalam golongan pelaksana, pegawai dan anggota perlu mengambil inisiatif sejak awal perkhidmatan mengenai hal pengurusan kewangan bagi menyediakan diri menjelang persaraan.

Tambahnya, penjawat awam juga perlu lebih peka mengenai isu ini bagi mengelak sebarang masalah mengenainya sehingga menjejaskan prestasi kerja jika tidak dititik beratkan dari awal dan kurangnya ilmu mengenai hal ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian yang turut dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian Ibu Pejabat Maritim Putrajaya, antaranya; Pengarah Unit Integriti, Puan Nur Kamariah binti Abd Rahim dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Encik Shafee bin Sajat.

Bicara Integriti yang berlangsung lebih kurang dua jam itu diterajui oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Integriti, Ustaz Mohd Ariffin bin Ramdzan sebagai moderator bersama dua orang panel iaitu Penasihat Kewangan AKPK, Encik Mohd Adnan Anan bin Abdullah dan Pegawai Insolvensi Utama, Jabatan Insolvensi Malaysia, Puan Zarina binti Alias.

 

IMG 4048   IMG 4068   IMG 4137   IMG 7906

PEGAWAI MARITIM TAMAT KURSUS MARITIME SECURITY AND STAFF COURSE (MSGSC) DI U.S NAVAL WAR COLLEGE

PUTRAJAYA, 5 Mac – Seorang Pegawai Maritim Malaysia, Leftenan Maritim Muhammad Amirul bin Adznam yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia telah menamatkan pengajian dalam Kursus Maritime Security and Governance Staff Course (MSGSC) di United States Naval War College, Newport, Rhode Island, Amerika Syarikat.

Beliau telah mengikuti kursus selama enam bulan di institut itu bersama 36 pegawai pelbagai perkhidmatan dari 35 buah negara yang terdiri daripada pegawai tentera laut, pengawal pantai dan penguatkuasa undang-undang maritim antarabangsa.

Kursus ini disertai bagi melengkapi pegawai-pegawai peringkat pertengahan dengan pengetahuan operasi dan pandangan strategik untuk mengendalikan persekitaran ancaman maritim yang kompleks dan mempromosikan tadbir urus maritim yang baik.

Tahniah diucapkan kepada Leftenan Maritim Muhammad Amirul bin Adznam.

 

MSGSC US 2
 
MSGSC US 3

MESYUARAT TIM PERANCANG OPERASI MARITIM (TPOM) MALAYSIA – INDONESIA (MALINDO) KE-32

MELAKA, 6 Mac – Mesyuarat Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Malaysia – Indonesia (MALINDO) ke-32 telah diadakan bermula dari 4 Mac (Isnin) sehingga 6 Mac 2024 (Rabu) bertempat di Bandaraya Melaka Bersejarah.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Penyelarasan Maritim (BPPM) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony.

Penganjuran Mesyuarat TPOM MALINDO ke-32 ini adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan penguatkuasaan Maritim kedua-dua negara selain mencari kesepakatan bersama bagi memastikan hubungan kerjasama kedua-dua entiti perkhidmatan yang terjalin utuh akan kekal berterusan.

Delegasi TPOM Indonesia diketuai oleh Direktur Operasi Laut Bakamla Republik Indonesia, Laksamana Pertama Bakamla Basir Mustari M Han. M Tr Opsia, diiringi Kepala Zona Barat Bakamla Republik Indonesia, Laksamana Pertama Bakamla Rakhmawanto S.E .M Si(Han). CHRMP.

 

WhatsApp Image 2024 03 06 at 9.50.05 AM   WhatsApp Image 2024 03 06 at 9.50.08 AM 1   WhatsApp Image 2024 03 06 at 9.50.08 AM 2   WhatsApp Image 2024 03 06 at 9.50.10 AM 1

 

 

PENGGARAPAN ELEMEN EKSESAIS DALAM PTKK LIBATKAN EMPAT KAPAL DI PERAIRAN SANDAKAN

SANDAKAN, 5 Mac – Empat kapal Maritim Malaysia iaitu dua dari Zon Maritim Sandakan, satu dari Maritim Negeri Sabah dan satu lagi dari Zon Maritim Tawau telah melaksanakan Penilaian Tahap Kesiagaan dan Kecekapan Kapal (PTKK) di perairan Sandakan bermula dari 29 Februari hingga 4 Mac (Isnin).

Aset-aset itu ialah KM KOTA BELUD dan KM KIDURONG (ZM Sandakan), KM MEMMON (MN Sabah) dan KM PINTAR (ZM Tawau) manakala Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony bertindak selaku ketua penilai pada sesi ini.

Tujuan PTKK ini dilaksanakan adalah untuk menilai tahap kesiagaan dan kecekapan warga kapal bagi menentukan kapal dapat beroperasi dengan cekap dan berkesan merangkumi pelaksanaan pengendalian tatacara evolusi, peralatan dan langkah-langkah keselamatan semasa melaksanakan operasi di laut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Kapal-kapal yang melaksanakan PTKK pada kali ini telah digarapkan susun atur penjadualan yang agak sedikit berbeza oleh Seksyen Latihan Operasi (SLOP), Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Ibu Pejabat Maritim Malaysia dengan menekankan kerjasama berpasukan dan kepimpinan.

Sebanyak 21 latihan telah disusun mengikut keperluan operasi merangkumi indeks dan latihan berpasukan (ship in company) bertujuan untuk memupuk kerjasama berpasukan, mendidik cara untuk menangani situasi kecemasan di laut, melestarikan kemahiran evolusi dan taktikal di laut serta melatih bagaimana cara mengurus dan mengekang ancaman di laut.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin.

Kesemua kapal telah menunjukkan komitmen dan sangat positif semasa melaksanakan latihan walaupun menghadapi pelbagai rintangan seperti cuaca buruk dan ada kapal yang mengalami kerosakan pada peralatan tetapi berjaya mengikuti latihan seperti yang dirancang.

 

PTKK SANDAKAN 3   PTKK SANDAKAN 5   PTKK SANDAKAN 7   PTKK SANDAKAN 6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC